Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lihat Semula Matlamat Sebenar...

IPOH - Kementerian Belia dan Sukan akan melihat semula matlamat sebenar penyertaan Persekutuan...

Amirudin Pula Saman Muhammad...

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memfailkan saman terhadap...

Projek Korek Sungai Atasi...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata projek...

Jualan Aset Setahun PH...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak sebanyak 12 aset Khazanah Nasional bernilai...

Polis KL Tubuh Lapan Pasukan Khas Banteras Judi

KUALA LUMPUR – Dalam usaha membanteras judi tanpa lesen di ibu negara, Polis Kuala Lumpur menubuhkan lapan pasukan khas yang akan memantau dan bertindak melakukan serbuan selepas mendapat maklumat, termasuk daripada orang ramai.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dua pasukan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur manakala selebihnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Cheras, Sentul, Wangsa Maju, Brickfields dan Putrajaya.

Bercakap pada sidang media di IPK Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata Bilik Gerakan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur telah diaktifkan sepanjang 24 jam sejak 20 Julai lepas dengan kekuatan seorang pegawai kanan dan lapan anggota.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perjudian khususnya melibatkan perjudian dalam talian dan mesin perjudian berkomputer boleh menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan Khas itu dengan menghubungi talian 03-21460670 atau menerusi Pusat Kawalan Kuala Lumpur di talian 03-21460584 atau 03-21460585,” katanya. – BERNAMA

v

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

Kategori