Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Video: Reaksi Spontan Apabila...

SEORANG pelajar perempuan, Shea Glover, 18 tahun, dari sekolah tinggi dari Amerika Syarikat...

Wanita Upah Abu Mendiang...

Seorang wanita Glynis Barnett, 63, membayar kepada sebuah makmal sebanyak £5,000 (RM26,128) untuk...

KPDNKK Kedah Rampas Jersi...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas...

“Akhirnya Terbukti Saya Tidak...

KUALA LUMPUR - Salah seorang saksi utama prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib...

Polis Siasat 17,000 Anggota Parti Nawaz Sharif

LAHORE – Polis membuka kes jenayah ke atas hampir 17,000 anggota parti pemerintah Pakistan yang bakal meninggalkan jawatan kerana melanggar undang-undang pilihan raya, kata satu kenyataan kelmarin ketika negara itu bersiap sedia mengundi minggu depan.

Sebanyak 16,868 kes terbaharu yang mana kenyataan polis berkata, didaftarkan di wilayah timur Punjab sejak empat hari lalu, dilakukan selepas pasukan keselamatan menahan ratusan anggota Parti Liga Islam (PML-N) di bandar tengah di sini.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberi butiran peraturan pilihan raya mana dilanggar.

Pengasas parti itu, bekas perdana menteri disingkir Nawaz Sharif, berdepan sabitan tanpa kehadirannya atas dakwaan rasuah, dipenjarakan minggu lalu sekembalinya ke sini untuk menghidupkan semula PML-N sebelum pengundian 25 Julai.

Kempen itu dilingkari tuduhan bahawa tentera berkuasa Pakistan kini menjadi dalang untuk memastikan bekas pemain kriket, Imran Khan, menang.

Tentera, yang memerintah negara bersenjata nuklear itu hampir separuh daripada sejarah dan menamatkan pentadbiran kedua Sharif dalam rampasan kuasa tanpa tumpahan darah pada 1999, berulang kali menafikan sebarang campur tangan, manakala Khan juga menolak bersekongkol dengan tentera.


Tinjauan kebangsaan menunjukkan perlumbaan rapat antara PML-N dan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI atau Pergerakan Keadilan Pakistan) diketuai Khan dengan Parti Rakyat Pakistan berada di tempat ketiga.

Kenyataan polis berkata, kes turut mendaftarkan 39 anggota pergerakan Khan.

Katanya, 270 orang sudah ditahan namun tidak menyebut parti politik mana. – Reuters/myMetro Online

Kategori