Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Singapura Luluskan Rawatan Oral...

SINGAPURA: Singapura meluluskan PAXLOVID Pfizer sebagai ubat pil pertama untuk rawatan COVID-19 dengan...

Faizal Tahir Mahu Kekal...

Penyanyi Faizal Tahir menganggap kemenangannya dalam kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik di Era Digital...

Inspirasi Dek Wan, Penjual...

MOHAMAD Ridzuan Mohamad Puzi, satu nama yang sangat dikenali selepas menjulang pingat emas...

Zuraida Serah Jawapan Surat...

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyerahkan surat jawapan kepada notis...

Polis Sudah Ambil Keterangan Najib – Noor Rashid

KUCHING – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah memanggil dan mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung barangan yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

“Saya rasa dah dipanggil, dah diambil keterangan, tiga empat hari lepas… kena check dengan Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal dengan Timbalannya Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Ketika ditanya, jangkaan pihaknya bila siasatan kes itu akan selesai, Noor Rashid berkata banyak lagi perkara harus dilakukan.

“Banyak lagi perkara harus diperhalusi, ambil keterangan saksi dan dalam masa terdekat kita akan dapat surat daripada Pendakwa Raya,” katanya.- BERNAMA

Kategori