Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bantuan Persekolahan Ringankan Ibu...

KUALA LUMPUR - Sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berupa beg sekolah dan baucar...

Mohd Zawawi Calon PKR...

SHAH ALAM - Pengetua Maahad Tahfiz, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, dipilih sebagai calon...

Belum Putus Sama Ada...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyemak kembali pelaksanaan Program Susu 1Malaysia (PS1M) sebelum...

Taktik Sewa Dua Bilik...

JITRA - Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan teman lelakinya sanggup...

PPRN Bantu Tingkat 3 Kali Ganda Produktiviti IKS

NILAI – Program Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berhasil membantu meningkatkan tiga kali ganda produktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro industri.

Ketua Pengarah JPPKK Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata hasil penyelidikan dan ciptaan warga politeknik dan kolej komuniti berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi IKS dan mikro industri.

“Pengusaha IKS dan mikro industri akan bertemu dengan kami dan menyatakan masalah yang dihadapi mereka dan dari situ penyelidik kami akan mencipta produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pihak industri.

“Projek PPRN bukan sahaja memberi manfaat kepada IKS dan mikro industri tetapi juga kepada komuniti setempat yang apabila produktivi meningkat, secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatan mereka yang terlibat dengan sektor ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kebangsaan PPRN JPPKK 2018 di Politeknik Nilai, di sini hari ini.

Mohd Ismail berkata sejak 2015, sebanyak 93 geran bernilai RM3.34 juta telah diagihkan kepada politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

“Daripada jumlah itu 75 produk berjaya dihasilkan dan memberi manfaat kepada IKS dan mikro industri yang terlibat,” katanya.


Sementara itu, Mohd Ismail dalam ucapannya berkata bagi meningkatkan daya saing negara melalui pembangunan produk inovasi, beberapa aspek perlu diberi perhatian antaranya pendedahan di peringkat antarabangsa seperti menghadiri seminar dan pertandingan.

“Penyelidik juga perlu menyegerakan usaha permohonan Harta Intelek dan seterusnya berusaha ke arah pengkomersilan,” katanya.

PPRN adalah sebuah inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan program inovasi berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta pembangunan ekonomi Malaysia.

Tujuan PPRN adalah untuk meningkatkan pendapatan IKS, meningkatkan kemahiran dan kompetensi pensyarah dan mahasiswa politeknik dan kolej komuniti. – BERNAMA

Kategori