Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Datuk 12 Cucu Jadi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melancarkan kempen...

PMSP Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan...

11 Mayat Ditemui Runtuhan...

ITOGON, Filipina – Pasukan penyelamat Filipina bertungkus-lumus mengorek timbunan tanah semalam bagi mencari...

Polis P.Pinang Nafi Dakwaan...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan penyanyi rap kontroversi...

Premis Jagaan Kanak-Kanak Catat Kekerapan Kes HFMD

KUALA LUMPUR – Premis penjagaan kanak-kanak yang mencatat kekerapan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) luar biasa boleh diambil tindakan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihak kementerian akan memantau perkembangan kes berkenaan dan berbincang mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

“Pastinya wabak seperti ini perlu dicatat dengan baik, dan taska atau premis seperti ini andainya berlaku kekerapan luar biasa perlu diambil tindakan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung tindakan kerajaan terhadap premis penjagaan kanak-kanak seperti taska yang mencatat statistik kes HFMD yang tinggi.

Dzulkefly bagaimanapun berkata sehingga kini belum ada tindakan yang diambil terhadap mana-mana premis atas isu sedemikian.


Mengulas lanjut, beliau berkata 39,408 kes HFMD dicatat dari 1 Jan hingga 29 Julai lepas dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi 11,669 kes, diikuti Kuala Lumpur (4,552) dan Sarawak (4,551).

Menjawab soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) berhubung produk tertentu yang dikatakan efektif dalam mengubati HFMD, Dzulkefly berkata kementerian meneliti beberapa syor termasuk keberkesanan satu vaksin yang sedang diusahakan Taiwan. – BERNAMA

Kategori