Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Kelantan Nyata Sokongan...

KUALA LUMPUR - UMNO Kelantan menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri...

Neelofa Sekeluarga Kena RM60,000,...

KUALA LUMPUR - Pagi tadi, pihak polis balai Dang Wangi di sini mengeluarkan...

KKLW Komited Bantu Orang...

SEREMBAN - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) komited dalam membantu masyarakat...

Menteri Pandu Uji Sendiri...

KUALA LUMPUR - Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat...

Presiden Pafa Baharu Tukar Setiausaha Kehormat

IPOH – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang baharu, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim mengumumkan tugas Ahmad Shahrul Azhar Sofian sebagai Setiausaha Kehormat persatuan itu diambil alih oleh individu lain.

Hasnul Zulkarnain yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Titi Serong mengumumkan jawatan itu diambil alih oleh Abdul Aziz Yeop Jamaludin.

Ahmad Shahrul Azhar yang juga bekas Kapten Pasukan Kebangsaan dan Perak memegang jawatan Setiausaha Kehormat Pafa bermula 1 Julai tahun lalu.

Hasnul Zulkarnain yang juga Exco Komunikasi, Multimedia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Koperasi Kerajaan Perak pula dilantik Presiden Pafa pada 21 Julai 2018.

“Pelantikan Abdul Aziz Yeop sebagai Setiausaha Agong Pafa dipersetujui dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif PAFA penggal 2018-2021 pada Isnin lalu,” katanya di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain berkata, Presiden Pafa berhak melantik beberapa individu untuk mengisi jawatan yang ada di dalam Pafa dan perkara tersebut tidak terikat dengan kontrak.


ā€œTiada istilah Ahmad Shahrul Azhar ditamatkan kontrak kerana jawatan tersebut dilantik tanpa kontrak tempoh masa.

ā€œSetiausaha Kehormat tidak mempunyai kontrak dan presiden berhak melantik individu yang dirasakan layak,ā€ katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori