Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Lagi Pembunuhan Umat Islam...

SETELAH enam bulan suasana di wilayah Rakhine tenang sejak awal tahun ini, kini...

Perancis Mohon MLA Berkaitan...

Pihak berkuasa Perancis membuat permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) di Jabatan Peguam Negara...

Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad...

KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, 84, meninggal...

Gaya Tarian Drake Dalam...

BUAT penggemar penyanyi Drake, pasti anda sudah mendengar dan melihat muzik video lagu...

PRK Sungai Kandis: 59 Kertas Undi Pos Dikeluarkan

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan sebanyak 59 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Timbalan Pengerusinya Tan Sri Othman Mahmood berkata pengeluaran tersebut dijalankan oleh petugas pilihan raya di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, meliputi empat kategori undi pos.

Katanya, bagi kategori Pemilih Tidak Hadir (PTH) Luar Negara, iaitu penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangan serta pelajar sepenuh masa dan pasangan, terdapat 13 pengundi di Indonesia, United Kingdom, India, Sweden, Australia dan Korea Selatan.

“Bagi permohonan Borang 1A iaitu untuk petugas pilihan dan petugas media, terdapat seramai 44 pengundi sementara permohonan Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) terdapat dua pengundi dari Jerman dan United Kingdom.

“Manakala tiada pengeluaran bagi kategori Borang 1C (anggota petugas kesihatan dan keselamatan yang dibenarkan) kerana tiada permohonan diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Othman, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada PKR, bagaimanapun, wakil calon BN dan Bebas tidak hadir.

Tambah beliau, proses itu turut disaksikan oleh pemerhati-pemerhati pilihan raya yang dilantik seperti daripada Kelab Pemikir Politik Nasional, UKM, Bersih 2.0 dan ENGAGE.


“Kertas undi berkenaan telah diserahkan kepada pihak Pos Malaysia untuk penghantaran segera kepada pengundi-pengundi terbabit yang dijadualkan mulai malam ini.

“SPR juga mengingatkan pengundi pos terbabit agar menanda kertas undi yang diterima dengan betul dan segera mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis sebelum 5.30 petang pada hari mengundi, iaitu 4 Ogos depan (Sabtu),” katanya.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.

Seramai 51,217 pengundi berdaftar dijangka mengundi pada PRK tersebut yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas. – BERNAMA

Kategori