Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Lombok: 19...

MATARAM - Satu gempa bumi besar berukuran magnitud 7.0 di Pulau Lombok, Indonesia...

Tentera Pantau Negeri Pantai...

KOTA BHARU - Briged Kelapan Infantri sedang memberi tumpuan kepada perkembangan semasa keadaan...

Kerajaan Kaji ICERD Sebelum...

KOTA BHARU - Kerajaan akan mengkaji proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala...

RM100j Bantu Sejuta Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM100 juta untuk membantu lebih sejuta pelajar...

PRK Sungai Kandis, Hanya 1 Calon Pembangkang

HUTAN MELINTANG – Barisan Nasional (BN) akan berbincang dengan PAS bagi memilih hanya seorang calon pembangkang bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi membolehkan hanya calon yang berpotensi untuk menang diletakkan sebagai calon mewakili pembangkang pada PRK itu.

“Hanya seorang calon saja yang akan bertanding di PRK Sungai Kandis, Selangor, dan kita akan ambil kira ‘kebolehmenangan’ kepada parti dan ‘kebolehsokongan’ kepada calon bagi kerusi itu.

“Ertinya, daripada pihak pembangkang termasuk UMNO dan parti komponen BN lain bersetuju hanya seorang calon yang akan menawarkan diri sebagai calon pada PRK itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji (Tetamu Allah) Kawasan Parlimen Bagan Datuk di Bangunan UMNO Bagan Datuk di sini, hari ini.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Mat Shuhaimi menang kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi, menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Mengulas mengenai cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan, supaya UMNO menggunakan logo parti dan bukannya logo BN pada PRK itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya belum meneliti cadangan itu secara rasmi dan akan membawanya ke Mesyuarat Jawatankuasa Biro Politik UMNO.


Katanya, UMNO akan memperincikan cadangan itu dan melihat keuntungan jika menggunakan logo selain dari BN sebelum ia diputuskan secara rasmi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya yakin semangat dan komitmen ahli UMNO masih menebal untuk menghadapi PRK kali ini walaupun akaun Ibu Pejabat UMNO dan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dibekukan.

“Kami amat yakin bahawa mereka yang bersimpati dengan UMNO masih ramai lagi, biarpun sedikit sumbangan yang diberikan oleh mereka, kami yakin komitmen mereka masih menebal.

“Kita (UMNO) tidak akan berbelanja seperti PRK terdahulu tetapi pegangan kita ialah ‘low cost high impact’ (kos rendah, kesannya tinggi),” katanya. – BH Online

Kategori