Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KPM Ambil Berat Isu...

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu yang membabitkan keselamatan murid...

VIDEO: Budak Perempuan Tersepit...

Tak dinafikan ramai kanak-kanak gemar bermain pintu pusingan yang terdapat di pusat beli-belah.Bagi...

Ubat Batuk Cap Ibu...

INGAT lagi iklan ubat batuk yang cukup popular bagi kanak-kanak yang membesar pada...

Pelajar 7A SPM Ke...

MARANG - Mencapai keputusan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya telah melayakkan...

Prof. Rafidah Sedih Dengan Pengumuman Maszlee

KUALA LUMPUR – Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar berkata adalah sangat menyedihkan jika benar Kementerian Pendidikan akan menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina.

Beliau turut memuat naik petikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hanya mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam bahasa Cina untuk siaran media berbahasa Cina sahaja.

Kenyataan Maszlee yang berjanji akan menyediakan peruntukan kepada SMPC melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan disiarkan akhbar Sinchew Daily, Oriental Daily, Kwong Wah Jit Poh, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan The Malaysian Insight (edisi bahasa Cina).

“Jika benar, ini sangat menyedihkan. Saya dimaklumkan bahawa program MyBrain bagi para pelajar sarjana dan PhD akan ditangguhkan. Dalam masa yang sama tiada pengumuman tentang jumlah geran penyelidikan akan dinaikkan.

“Program MyBrain menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan kesarjanaan bagi kedua- dua pelajar dan pensyarah. 90 juta peruntukan untuk MyBrain telahpun dimasukkan dalam belanjawan 2018, dan para pelajar akan mula mendaftar pada September ini. Dengan pengumuman yang tergesa-gesa ini, sudah tentu ia akan menyukarkan aktiviti akademia.

“Dan kini kewangan kementerian pendidikan bakal disalurkan ke sekolah menengah persendirian Cina sedangkan sekolah-sekolah kerajaan sudah disediakan jika mereka di SMPC menghadapi kesukaran,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.


Kenyataan beliau itu turut dikongsi oleh Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Ustaz Zamihan Mat Zin di laman Facebook.

Menteri Pendidikan dilaporkan mengeluarkan kenyataan rasmi berjanji menyediakan peruntukan kepada SMPC melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, tetapi kenyataan itu hanya dalam bahasa Cina.

Menurut Maszlee, kerajaan Pakatan Harapan akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap SMPC.

Mengenai peruntukan di peringkat persekutuan, Maszlee dilapor berkata, peruntukan kerajaan Pakatan Harapan kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebagsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan. – MYNEWSHUB.TV

Kategori