Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bekalan Ayam Sempena Aidilfitri...

KOTA BHARU - Persatuan Pemborong Ayam Kelantan memberi jaminan bekalan ayam di negeri...

Dollah Puashati Percaturan Taktikal...

SINGAPURA - Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berpuashati dengan keputusan saat-saat akhir...

Wanita Saman Hilton RM400...

NEW YORK - Seorang wanita dari Chicago mengemukakan saman terhadap Hilton Worldwide (Hilton)...

Unik.. Kerusi Bersalin Wanita...

UNIK dan rare rekaan kerusi bersalin pada zaman dahulu kala ni.Difahamkan kerusi...

Program Khas Haji Tajaan Yayasan 1MDB Tidak Diteruskan

KUALA LUMPUR – Program Khas Haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan diteruskan mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata ini memandangkan sumber dana yayasan ini mempunyai kaitan dengan 1MDB yang masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Sejak 2011 hingga tahun lepas, seramai 5,711 jemaah haji telah ditaja dengan kos hampir RM57 juta,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN – Pontian) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Ahmad yang memohon pertimbangan kerajaan membenarkan 1,200 jemaah yang sudah menerima surat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini menggunakan dana mereka sendiri, Mujahid berkata keutamaan pemberian kuota adalah untuk mereka yang pertama kali mengerjakan haji.

“Saya ingin jelaskan bahawa kuota mereka ini datang daripada Yayasan 1MDB, jadi kerajaan baharu tidak akan mengambil kuota ini daripada Tabung Haji walaupun penerima tawaran sanggup membayar sendiri untuk mengerjakan haji,” katanya. – BERNAMA

Kategori