Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Trailer Filem Minions...

Selepas kejayaan filem Despicable Me pada tahun 2010 dan 2013, kini produser filem Illumination...

Tukang Urut Hadapi Pertuduhan...

KLUANG - Seorang wanita tukang urut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Episod ‘Wanita Terakhir’ Dah...

SELEPAS nyanyi lagu dan tulis buku, Wanita Terakhir, terkini tonggak utama Hero Seorang Cinderella,...

Najib Mohon Tarik Balik...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk...

Projek Bandaraya Getah Diteruskan

ALOR SETAR – Kerajaan akan meneruskan Projek Bandaraya Getah atau Rubber City di Padang Terap sebagai antara usaha membangunkan lagi industri getah di negara ini, selain membantu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata sehubungan itu, kementeriannya berharap dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi melihat pendekatan terbaik untuk mempercepatkan pembangunan projek berkenaan.

“Kita bercadang untuk teruskan projek ini, itu sebab LGM (Lembaga Getah Malaysia) akan jadi juruperunding dengan pelbagai pihak…kami berpendapat projek ini dapat membantu orang Kedah dan juga industri getah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Industri Getah Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menterinya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pengarah LGM, Dr Zairossani Mohd Nor Persidangan tiga hari itu bermula hari ini.

Projek tersebut menerima peruntukan sebanyak RM320 juta daripada kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional menerusi Bajet 2016.


Sementara itu, Zairossani berkata pihaknya telah membantu Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan kerajaan negeri dalam usaha membangunkan pelan pembangunan projek berkenaan.

“Pada waktu ini kita telah membantu NCIA dan kerajaan negeri untuk membangunkan pelan pembangunan dan juga saya rasa pada waktu ini, kerajaan negeri serta NCIA berada pada tahap pengambilan tanah, masih lagi dalam peringkat perancangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori