Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pasukan Bersenjata Iran Serang...

BAITULMUQADDIS – Pasukan bersenjata Iran di Syria melancarkan bedilan roket menyasarkan beberapa pangkalan...

Covid-19 (28 Jun): 1,894...

Sebanyak 1,894 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,558,558.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Tidak Kecil Hati, Terus...

KUALA TERENGGANU : Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tidak berkecil hati atau...

12 Mangsa Ribut Di...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan 12 mangsa yang cedera petang semalam...

Promosi Berterusan Untuk Laluan Masuk Ke Taman Negara

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang akan melaksanakan promosi berterusan produk pelancongan di Kuala Tahan dan Kuala Tembeling di Jerantut, yang menjadi laluan masuk ke Taman Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata tindakan itu dilakukan kerana sedar bahawa pelancongan di situ terjejas selepas banjir besar pada tahun 2014.

Katanya, antara yang paling teruk terjejas ialah pengusaha inap desa, kawasan resort dan motel di sekitar Kuala Tahan dan Kuala Tembeling menyebabkan tumpuan dilakukan bagi membaiki dan menaik taraf infrastruktur di situ.

“Bagi perancangan jangka panjang, kerajaan negeri akan menjalin kerjasama dengan ejen pelancongan dan pengusaha bot di Taman Negara serta penulis blog bagi mempromosikan kawasan itu,” katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS-Tahan) yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk mengembalikan Kuala Tembeling sebagai hab pelancongan.

Menjawab soalan Andansura Rabu (PAS-Beserah) jika kerajaan negeri ada membuat kajian bagi mendapatkan maklum balas daripada pelancong mengenai pengalaman mereka, Mohd Sharkar menjawab setakat ini perkara itu tidak pernah dilaksanakan setakat ini.


“Memandangkan kita berada dalam dunia digital, kita mengambil komen yang dikeluarkan pelancong di laman web berkaitan penempahan hotel, tempat makan dan lokasi tumpuan pelancong.

“Kita sentiasa pantau komen-komen ini kerana mereka selalunya lebih ikhlas. Kami mengambil komen ini sebagai satu daripada kaedah untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penanda aras kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori