Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isteri Mati Dipercayai Ditetak...

KINABATANGAN - Seorang isteri ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan...

Sudah Tertutup Hati, Elly...

PENYANYI Elly Mazlein menyatakan pendiriannya yang tidak akan kembali semula memasuki pertandingan nyanyian...

Influenza A: Tiada Keperluan...

PUTRAJAYA - Penularan kes Influenza A (H3) di beberapa kawasan di Perak tidak...

Rossa Raya 10 Hari,...

PENYANYI tersohor dari Indonesia, Datuk Rossa seseorang yang tidak boleh duduk diam rupa-rupanya....

‘Proton 2.0’, Kelibat Menteri Pertahanan Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR – Cadangan meneruskan projek kereta nasional yang mendapat tentangan sesetengah pihak terutama daripada penggerak industri automotif negara antara isu yang bakal menjadi tumpuan pada sesi Dewan Rakyat untuk minggu ketiga, bermula hari ini.

Pada sesi soal jawab pagi, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-MCA Ayer Hitam) akan mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri berhubung justifikasi projek terbabit dan sama ada kerajaan mengambil iktibar kegagalan Proton Holdings Bhd (Proton) selama ini.

Dr Mahathir dalam lawatannya ke Jepun pada Jun lalu membayangkan Malaysia bakal melaksanakan satu lagi projek kereta nasional selepas sebahagian pemilikan Proton dijual kepada syarikat China, Geely.

Projek kereta nasional yang dilabel ‘Proton 2.0’ itu berkemungkinan turut membabitkan negara ASEAN, namun tidak mendapat sokongan beberapa pihak antaranya Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Mohamad Sabu (PH-AMANAH Kota Raja) atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu akan tampil pertama kali di Dewan Rakyat untuk menjawab sebagai Menteri Pertahanan.

Mohamad akan menjawab soalan daripada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-UMNO Kepala Batas) berkisar falsafah dan strategi baharu Kementerian Pertahanan berhubung prinsip kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi yang bakal diperkenalkan.


Ahli Parlimen termuda berusia 22 tahun, P Prabakaran (PH-PKR Batu) buat pertama kali juga akan bertanyakan soalan kepada Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, mengenai langkah pengiraan yang sudah dimulakan ke atas harta, hak dan liabiliti milik kerajaan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Koperasi.

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) mengemukakan soalan berhubung alasan di sebalik pembatalan haji tajaan syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini manakala isu pemansuhan tol dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka dijawab Menteri Kerja Raya, Baru Bian (PH-PKR Selangau). – BH ONLINE

Kategori