Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Adam Adli Kekal Bebas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan rayuan pihak pendakwaan...

Kes Hina Agong: Kerajaan...

TIADA keperluan untuk kerajaan menggubal undang-undang baharu bagi melindungi institusi diraja daripada dicerca...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang semakin berkurangan walaupun daerah Pekan masih...

Hujan Berterusan: Jawatankuasa Pengurusan...

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan,...

Raih Pendapatan Lumayan Jual ‘Air Kelapa Special’

KUALA LUMPUR – Usaha, cekal dan berani hadapi cabaran dunia perniagaan antara resipi kejayaan pasangan suami isteri Norazahar Ahmad, 47, dan Intan Baizura Ahmad, 42, yang meraih pendapatan lumayan setiap bulan dengan hanya menjual air kelapa.

Intan Baizura berkata bermodalkan RM800, ‘Warung Pekaki U-Turn Air Kelapa Special’ milik suaminya yang bermula secara kecil-kecilan sejak 2009 dengan hanya mampu menjual 20 hingga 30 biji kelapa sehari di kawasan Wangsa Maju itu kini semakin menjadi pilihan penduduk sekitar.

“Sekarang ada hari yang mencecah hampir 800 biji dan jualan meningkat pada hari minggu,” kata bekas pentadbir pejabat itu kepada Bernama ketika ditemui pada Bengkel Untuk Wanita Menguasai Mekanisasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Tarikan warung mereka adalah menu air kelapa pelbagai rasa, antaranya air kelapa lemon, air kelapa susu, air kelapa laici dan air kelapa madu yang dijual dengan harga RM4.50 dan RM5.50 bagi setiap kole besar, katanya.

“Ramai berniaga air kelapa, jadi kami suami isteri memikirkan idea yang membolehkan perniagaan kami maju. Kami hasilkan variasi air kelapa ini dan minta anggota keluarga terdekat untuk cuba rasanya sebelum mula dijual kepada orang ramai,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keunikan nama warungnya, Intan Baizura berkata ia diilhamkan daripada persekitaran kawasan warungnya yang berhampiran kaki bukit dan kebetulan mempunyai pusingan-u berhampiran.

Beliau yang kini mempunyai tiga pembantu di warung tersebut berkata bekalan kelapa segar diperoleh dari Bagan Datuk, yang sememangnya terkenal dengan hasil kelapa yang baik.


Ibu tiga anak itu berkata terdapat rancangan untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka gerai baharu, namun terdapat sedikit kekangan seperti masalah pekerja dan sebagainya.

“Hasrat itu sentiasa ada, kami sedang menunggu masa sesuai. Alhamdullilah rezeki itu sentiasa melimpah ruah. Terima kasih kepada pelanggan kami yang banyak membantu mempromosi air kelapa ‘special’ Warung Pekaki U-Turn. Selain itu, kami juga menjual laksa dan mi kari,” katanya.

Sementara itu, bengkel empat hari bermula semalam bersempena Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia ke-29 2018 di PWTC itu bertujuan memberi pendedahan lanjut kepada usahawan yang ingin menceburi bidang pemprosesan makanan dan disertai antaranya pempamer dari China, Jerman, Jepun, Taiwan serta negara ASEAN.

Pameran tersebut adalah anjuran ES Event Management dengan sokongan Malaysia Promas International Business Society (PROMAS), Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) serta pelbagai agensi lain.- BERNAMA

Kategori