Saturday, January 11, 2025

Creating liberating content

Farah Asyikin Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Farah Asyikin yang telah pun sah bergelar isteri kepada...

Lebih 10,000 Rakyat Johor...

JOHOR BAHRU - Lebih 10,000 rakyat negeri Johor membanjiri Dataran Bandaraya di sini...

KA TAZ Bendung Penculikan,...

SANDAKAN - Sejak beroperasi pada Mei 2015, Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ)...

2 Penjenayah Terlibat 17...

KULAIJAYA - Dua penjenayah dipercayai terlibat dengan 17 kes samun dan pecah rumah...

Ratu Cantik Bunuh Teman Lelaki Dihukum Mati

NAIROBI – Seorang ratu cantik berusia 24 tahun dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Kenya hari ini selepas didapati bersalah membunuh teman lelakinya dengan menikam mangsa sebanyak 25 kali.

Ruth Kamande yang memenangi gelaran ratu cantik penjara ketika sedang dalam perbicaraan membunuh pasangannya. Farid Mohammed, 24, pada tahun 2015 dan disabitkan dengan kesalahan berkenaan Mei lalu.

“Saya mahu generasi muda sedar bahawa membunuh teman lelaki atau teman wanita mereka ketika sedang marah bukan satu perbuatan yang wajar dilakukan. Jangan lakukan (perbuatan itu),” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Jessi Lesiit ketika menjatuhkan hukuman semalam.

“Lebih baik kamu beredar dari situ dan memaafkan mereka,” katanya.

Hakim menuduh Kamande memiliki sikap suka mengawal termasuk memeriksa telefon bimbit mangsa dan tidak menunjukkan sebarang tanda penyesalan selepas melakukan serangan itu.


“Saya berpendapat menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati hanya akan menjadikan tertuduh seorang wira,” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia Amnesty Antarabangsa menyifatkan hukuman berkenaan sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan ketinggalan zaman.

Keluarga mangsa bagaimanapun menyifatkan ia setimpal dengan kekejaman dilakukan Kamande. – AFP

Kategori