Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tanah Bencah Setiu Destinasi...

SETIU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kawasan Tanah Bencah...

Persatuan Anak Sarawak Labuan...

LABUAN - Persatuan Anak Sarawak Labuan (PASaL) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ketua...

Dua Remaja ‘Tular’ Dicekup...

MIRI – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itu perumpamaan yang sesuai...

KKM Siasat Punca Pencemaran...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca...

Rawatan Unik Terapi Berkuda

KOTA BHARU – Terapi berkuda mampu membantu pesakit cerebral palsy (CP) terutama kanak-kanak membina keyakinan diri.

Pengerusi Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata, ia teknik terbaik untuk merangsang deria dan keyakinan pesakit istimewa itu.

Berikutan itu, katanya, YOKUK menawarkan khidmat terapi berkenaan secara percuma kepada setiap pesakit memerlukan.

“Setiap pesakit akan menaiki kuda antara setengah hingga satu jam sehari, mengelilingi trek di pejabat YOKUK.

“Terapi ini bermanfaat untuk menguatkan tulang belakang pesakit apabila berlaku hentakan badan pesakit dengan badan kuda.

“Kita adakan perkhidmatan terapi ini setiap hari secara percuma, selain terapi lain yang mampu mengaktifkan OKU atau pesakit strok supaya dapat berdikari,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Pelancaran Penajaan Terapi Berkuda Yayasan CIMB yang disempurnakan Pengarah Wilayah Yayasan CIMB, Ooi Gek Chu di sini, semalam.


Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak CP berusia tiga tahun, Salina Saffin, 37, berkata anaknya, Suhail Uwais Sabaruddin menunjukkan perubahan selepas menyertai terapi berkuda itu.

Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan sempurna tetapi tumbesarannya terencat selepas demam panas dan koma tiga hari.

Katanya, dia mendaftar anaknya menyertai fisioterapi di klinik swasta untuk tempoh bermula tiga bulan hingga setahun tetapi tidak mampu disebabkan kos yang tinggi.

“Ketika hampir putus asa, suami (Sabaruddin Hassan Basri, 38) syor kami cuba rawatan fisioterapi di YOKUK yang diberi secara percuma dan kini tumbesarannya menunjukkan perubahan terutama selepas menyertai terapi ini,” katanya. – myMetro Online

Kategori