Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kuala...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di dua kampung di Kuala Selangor meningkat...

Mariah Carey Masuk Restoran...

PENYANYI terkenal antarabangsa Mariah Carey dilaporkan menyuarakan permintaan tidak masuk 'akal' apabila meminta...

PPDNKK Kedah Rampas 3,400...

BUKIT KAYU HITAM - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah...

Rakyat Malaysia Dipandang Tinggi...

ASHGABAT - Kelebihan rakyat Malaysia yang bekerja di negara asing sebagai ahli profesional...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar As

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian terhadap unit tempatan itu susulan jangkaan kenaikan lagi kadar faedah Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0605/0645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0600/0650 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata ringgit dijangka terus bergelut dalam keadaan kebimbangan akan kesan perang perdagangan ke atas ekonomi China.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9806/9851 daripada 2.9763/9806 dan susut berbanding yen kepada 3.6568/6611 daripada 3.6508/6562.

Berbanding pound British, ringgit berkurangan kepada 5.3225/3298 daripada 5.3117/3199 dan turun berbanding euro kepada 4.7341/7392 daripada 4.7193/7264. – BERNAMA

Kategori