Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Festival Nusantara 2014 Erat...

PETALING JAYA - Barisan artis daripada Malaysia dan Indonesia bakal berhimpun pada Festival...

Polis Indonesia Rampas 1...

JAKARTA - Polis Indonesia berjaya merampas satu tan ganja selepas memintas sebuah lori...

Ekspatriat Warga Filipina Sogok...

SHAH ALAM - Seorang ekspatriat warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Mahkamah Tolak Tun M...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Tun...

Ringgit Meneruskan Aliran Harga Menurun Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar US minggu depan berikutan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh serta jangkaan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur oleh Rizab Persekutuan, kata penganalisis.

Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang Global FXTM Jameel Ahmad berkata satu lagi lonjakan permintaan ke atas dolar US telah memberi impak ke atas pasaran kewangan, dengan sebilangan besar mata wang di seluruh dunia, termasuk ringgit, terjejas susulan pengukuhan dolar.

Beliau berkata ringgit menyusut disebabkan pengukuhan dolar US, dan jatuh di bawah tahap psikologi 4.05.

“Kita harus memerhatikan angka produk keluaran dalam negara kasar suku kedua Amerika Syarikat yang dijadual dikeluarkan pada 27 Julai. Tanda-tanda pertumbuhan ekonomi yang kukuh akan meningkatkan lagi sentimen pelabur ke atas dolar US,” katanya kepada Bernama.

Dolar US mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh setahun berbanding sekumpulan mata wang lain pada Khamis disokong oleh pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh selain potensi kenaikan kadar faedah selanjutnya dalam tempoh berbai tahun ini.

Dolar US bagaimanapun susut pada Jumaat selepas Presiden Donald Trump menyatakan kebimbangan terhadap pengukuhan mata wang berkenaan.

Jameel berkata dengan ringgit susut di bawah 4.05 berbanding dolar US, ia berkemungkinan terus merosot sehingga paras 4.10 pada minggu-minggu akan datang.

“Pengukuhan dolar US ini menyebabkan kemerosotan dalam pasaran ekonomi pesat membangun.


“Satu-satunya faktor yang benar-benar memberi manfaat kepada ringgit pada masa ini ialah jika dolar US melalui aktiviti pengambilan untung yang ketara. Selagi dolar US kekal mendapat permintaan daripada pelabur, ini akan menunjuk penyusutan berterusan mata wang pasaran pesat berkembang secara menyeluruh,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, nota tempatan ditutup rendah berbanding dolar US pada 4.0600/0630 berbanding 4.0500/0530.

Ringgit lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.2861/2904 daripada 5.3189/3236, namun merosot berbanding euro kepada 4.7315/7366 daripada 4.7122/7161.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9687/9718 berbanding Jumaat lepas kepada 2.9620/9651 dan susut berbanding yen pada 3.6108/6138 daripada 3.6006/6043. – BERNAMA

Kategori