Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Inspektor Sheila’ Ditahan Kerja,...

KUALA LUMPUR : Pegawai polis wanita yang beberapa kali videonya tular memarahi anggota...

UMNO Sokong Saranan Institusi...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan terdapat dua...

PM Turun Padang Tinjau...

HULU SELANGOR – Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang melihat kemajuan dan...

Jadah Apa UMNO Buat...

APA jadah la duk tuduh UMNO dalang video gay Azmin dengan Haziq. UMNO akaun...

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini berikutan sokongan belian sederhana terhadap unit tempatan itu, kata seorang peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.0375/0405 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0395/0425 pada Khamis.

“Prestasi ringgit yang tinggi sedikit ini dijangka tidak bertahan kerana kami menjangkakan perang perdagangan akan meningkat yang memberi kelebihan kepada dolar AS,” kata peniaga itu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mengumumkan keputusannya untuk mengenakan lagi tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan import China bernilai US$200 bilion.

Berbanding mata wang utama lain, unit tempatan diniagakan tinggi.


Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9620/9659 daripada 2.9643/9672 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5819/5855 daripada 3.5926/5959 pada Khamis.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.7101/7141 daripada 4.7161/7212 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3210/3254 daripada 5.3394/3438. – BERNAMA

Kategori