LABUAN – Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu didiami mereka hangus dalam kebakaran di Kg Sg Lada di sini pada awal pagi Khamis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menerima panggilan kecemasan pada 12.22 pagi dan segera mengerahkan anggota dengan jentera ke lokasi kejadian.
“Api sedang marak ketika anggota kami tiba dan mendapati rumah itu sudah hangus 90 peratus,” kata pengarahnya Zainal Madasin kepada Bernama.
Rumah itu didiami sepasang suami-isteri dan tiga anak mereka yang kesemuanya berjaya menyelamatkan diri.
Punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA