Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Setiausaha Pejabat Perbendaharaan...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas Setiausaha Pejabat di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha di...

Orang Luar Jangan Campur...

JOHOR BAHRU - “Mereka yang tiada kaitan dengan Johor jangan sibuk mengucar-kacirkan urusan...

Lucinta Luna, ‘Teman Lelaki’...

JAKARTA - Polis Indonesia selebriti Lucinta Luna selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.Detiknews...

KM Sabah Gesa Media...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu media...

Sabah Runding 20% Royalti Minyak Dengan PM

SEMPORNA – Kerajaan Negeri akan membentuk satu badan yang memperhalusi perkara tuntutan royalti minyak 20 peratus terhadap Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata badan itu akan menghalusi dari aspek perbincangan antara kerajaan negeri bersama pusat khususnya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerana kita sedar dalam Manifesto Pakatan Harapan terkandung perkara berkaitan royalti minyak bagi Sabah.

“Namun manifesto itu ditafsirkan agak berlainan sedikit daripada yang kita (Sabah) maklum sebab itu kita akan bincang secara mendalam menggunakan pendekatan duduk semeja dengan pusat, bagaimana menghalusi pelaksanaan 20 peratus royalti minyak itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-13 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Peringkat Sabah di sini, hari ini.

Mohd Shafie dalam pada itu berkata Kerajaaan Negeri akan memastikan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus itu menjadi kenyataan.

“Kita (Sabah) minta supaya diberikan 20 peratus berdasarkan royalti. Sekiranya penambahan lima campur 15 (5+15) royalti itu berdasarkan perkara lain, maka kita perlu memberi pandangan kita,” katanya lagi.


Terdahalu dalam ucapannya, Shafie berkata satu pertemuan akan diadakan bersama pemimpin nombor satu negara Tun Mahathir bagi membincangkan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah.

“Kita akan runding sebaik mungkin, supaya dapat royalti seperti yang dijanjikan itu,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan pusat tidak dapat menyegerakan janji pelaksanaan pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar kerana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 bahawa perkiraan royalti berdasarkan keuntungan kasar dan bukan keuntungan bersih. – BERNAMA

Kategori