Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pahang Bersedia Hentikan Projek...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bersedia membatalkan projek pembalakan dan pembangunan di Hutan...

Aksi Lucah Dalam Kereta...

JIJIK... Perlakuan tidak senonoh seorang lelaki yang beronani di dalam kereta berhampiran sebuah...

Berpuluh Ekor Kura-Kura Berjemur...

TAMAN NEGARA KRUGER, Afrika Selatan – Seorang pelancong berjaya meragam gelagat berpuluh-puluh ekor...

2 Lelaki Dipenjara Ingkar...

KOTA KINABALU - Dua lelaki menjadi individu pertama di Sabah didenda dan dihukum...

Saifuddin Terima Kunjungan Rakan Sejawatan Dari Australia

SEPANG – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Australia Julie Bishop di ruang istirahat VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini.

Pertemuan yang berlangsung pada 9.40 malam itu diadakan di KLIA memandangkan Saifuddin dijadualkan berlepas ke Singapura pada 11 malam manakala Bishop pula baru tiba dari Timor Leste untuk memulakan lawatan tiga hari ke Malaysia.

Di Singapura, Saifuddin akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-51/Persidangan Pasca Mesyuarat Menteri-menteri Luar (AMM/PMC) yang bermula semalam sehingga 4 Ogos ini.

PMC akan melibatkan rakan dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat.

Terdahulu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata lawatan Bishop ke negara ini bertujuan memperkukuh hubungan dengan kerajaan baharu selain memastikan kesinambungan hubungan dua hala yang sedia ada.


Kenyataan itu juga menyebut lawatan Bishop akan membuka peluang bagi Australia dan Malaysia untuk meneroka kerjasama baharu selain memperkukuh hubungan menerusi perkongsian strategik dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan hubungan rakyat dengan rakyat. – BERNAMA

Kategori