Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kini Di Tempat Ke-3,...

IMPIAN rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak tanah air untuk melihat satu-satu wakil...

Doktor Diheret Keluar Pesawat...

DOKTOR yang juga penumpang syarikat penerbangan United Airlines yang diheret keluar dari pesawat...

Apakah Punca Kematian Dr...

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh CPRC KKMSalam takziah diucapkan buat seluruh ahli...

Kuala Lumpur Antara 6...

PUTRAJAYA: Setelah dinobatkan sebagai bandar raya terbaik di dunia menerusi Expat City Ranking...

Saman Fitnah Phahrolrazi Selesai Secara Mediasi

ALOR SETAR – Kes saman fitnah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi terhadap anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diselesaikan secara baik setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama menerusi proses mediasi yang berlangsung hari ini.

Persetujuan itu direkodkan di Mahkamah Sesyen Alor Setar di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim selepas proses mediasi yang berlangsung di Pusat Mediasi, Kompleks Mahkamah Alor Setar selesai.

Pada sidang media selepas itu, Peguam yang mewakili ADUN itu Zulhazmi Shariff berkata kes saman fitnah itu berjaya diselesaikan setelah defendan Ramli A. Rahman bersetuju menarik balik dengan memadam paparan status yang dimuat naik dalam Facebook miliknya dengan nama ‘Harry Ramli’ pada 7 Mac lepas serta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Phahrolrazi.

Zulhazmi turut membacakan permohonan maaf Ramli itu kepada media dengan antara lain menyebut: “Saya dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada plaintif, Yang Berhormat Datuk Haji Phahrolrazi bin Mohd Zawawi atas kekhilafan saya memuat naik status yang bertarikh 7 Mac 2018 beserta tangkapan skrin aplikasi WhatsApp yang mengandungi kandungan yang tidak tepat dan boleh disalah erti dibuat oleh plaintif di dalam aplikasi Facebook milik saya yang menggunakan nama ‘Harry Ramli'”.

“Jadi dengan rekodnya penghakiman persetujuan ini telah menyelesaikan kes tuntutan Datuk Phahrolrazi kepada pihak defendan ini,” katanya.


Mengulas lanjut, Zulhazmi berkata sebelum ini pihaknya yang mewakili Phahrolrazi yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Kedah telah memfailkan tindakan saman fitnah terhadap defendan itu pada 18 April lepas dengan antara lain turut membuat pernyataan tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000.

Bagaimanapun Zulhazmi berkata selepas persetujuan bersama dapat dicapai dalam proses mediasi itu, Adun tersebut bersetuju menarik semula tuntutan ganti rugi RM200,000 berkenaan dengan dipersetujui kedua-dua pihak untuk masing-masing menanggung kos tindakan itu sendiri.

Ramli diwakili peguamnya Muhamad Samsul Nizam Sohhimi.  – BERNAMA

Kategori