Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nelayan Terjatuh Laut, Ditemui...

JOHOR BAHARU - Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut di...

Anggota PGA Diserang: KDN...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan...

3 Aktivis Dibenar Rujuk...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan tiga aktivis...

Mahathir Diberi Taklimat Projek...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diberikan taklimat terkini...

Sapu Bersih Undi India: Ustaz Zawawi Jangan Takbur

SHAH ALAM – Datuk Lokman Noor Adam hari ini “menegur” calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang disifatkannya bersikap takbur apabila begitu yakin dapat “menyapu bersih” undi kaum India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini.

Malah kata calon BN itu jika beliau menerima dua undi sahaja daripada kaum India sudah cukup membuktikan keyakinan Mohd Zawawi tidak berasas.

“Kalau dia (Mohd Zawawi) cakap boleh sapu bersih, saya rasa takbur sangat. Sepatutnya sifat takbur dan riak tidak perlu ada dalam jiwa seorang ustaz,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Parlimen Kota Raja di sini.

Lokman Noor berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohd Zawawi hari ini yang menyatakan keyakinannya menyapu bersih undi masyarakat India pada PRK berkenaan.

Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun itu berkata keyakinan tersebut adalah hasil maklum balas positif yang diterima daripada kaum India di daerah-daerah mengundi DUN berkenaan selain daripada pemimpin komuniti yang menyatakan sokongan terbuka kepadanya.

DUN Sungai Kandis mempunyai 15.69 peratus penduduk India.


Selain Mohd Zawawi, Lokman Noor bakal berdepan calon Bebas, K. Murthy pada PRK itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. – BERNAMA

Kategori