Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Negara Pertama Di...

KUALA LUMPUR — Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China melaksanakan inisiatif...

Jemaah Pemangku Sultan Perkenan...

KUALA NERANG - Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Anggota Majlis Mesyuarat...

Anwar Dan Penyokong Rempuh...

KUALA LUMPUR - Walaupun dilarang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong...

NTP Wujudkan 1.8 Juta...

KUALA LUMPUR - Program Transformasi Negara (NTP) mewujudkan 1.8 juta pekerjaan antara 2010...

Saran Perkenal Subjek Antirasuah Di Sekolah – MCPF

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menyarankan agar subjek antirasuah diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral di sekolah.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata selain memperkukuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, usaha yang lebih besar perlu diberikan untuk mendidik generasi muda tentang bahaya rasuah.

“Saya percaya pendedahan awal mengenai bahaya rasuah harus dipupuk dalam kalangan pelajar.

Kerajaan harus melihat kemungkinan memperkenalkan subjek antirasuah di sekolah. Sekiranya perlu, kita harus perkenalkan kurikulum baharu itu untuk membolehkan pelajar mempelajari mengenai kesan negatif rasuah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lee berkata cadangan itu adalah tepat pada masanya kerana nilai dan integriti yang baik harus dipupuk dalam kalangan generasi muda semasa mereka masih bersekolah.

Penjawat awam, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat juga perlu mempunyai tahap integriti yang tinggi dan mengelak amalan rasuah dan ia perlu ditanam apabila mereka menyertai sesebuah organisasi agar ia menjadi sebahagian daripada identiti mereka, katanya.


Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bagi tempoh 2013 sehingga Mei lepas, sebanyak 2,238 orang atau 55.2 peratus pesalah laku rasuah adalah daripada golongan belia.

Katanya, trend salah laku rasuah dalam kalangan belia semakin menurun yang menunjukkan semakin ramai rakyat sedar mengenai akibat daripada salah laku amalan itu. – BERNAMA

Kategori