Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lan Solo Rancang Konsert...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Lan Solo, bersyukur keadaan anaknya, Nur Amna Quxandra, semakin...

Bakal Isteri Hael Harus...

PADA usia 30 tahun pasti ia akan menjadi usia yang paling ideal bagi...

Bentong Bypass Atasi Masalah...

BENTONG - Projek pembinaan Central Spine Road (CSR) 'Bentong Bypass' sepanjang 28.5 kilometer...

Murid Didakwa Dijangkiti H1N1...

MELAKA - Murid lelaki Tahun Lima sebuah sekolah di negeri ini yang didakwa...

“Saya Reda Kalau Ini Harga Perlu Dibayar”

“KALAU inilah harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, maka saya tetap reda.”

Demikian ungkap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejurus ditemui ratusan petugas media selesai sahaja prosiding di Mahkamah Kuala Lumpur di ibu negara lewat petang hari ini.

Menurut bekas Presiden UMNO itu juga, beliau reda dengan kehendak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu ambil tindakan undang-undang terhadapnya serta telah menjangkakan perkara tersebut.

“Seperti mana yang diketahui umum sendiri, hari ini saya sudah didakwa secara rasmi. Ini merupakan sesuatu yang saya memang telah jangka kerana itulah kehendak pentadbiran PH selama ini.

“Saya berharap dan berdoa agar proses keadilan ini merupakan proses yang benar-benar adil mengikut lunas kedaulatan undang-undang negara,” kata Najib dengan nada kedengaran agak sayu.


Beliau turut melahirkan keyakinan pendakwaan tersebut adalah terbaik untuk dirinya sendiri demi membersihkan nama selepas dituduh dan dilemparkan pelbagai tohmahan dengan begitu berat sekali.

Najib ditangkap semalam dan didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi berkaitan kes anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, SRC International Sdn. Bhd. – Mynewshub.tv

Kategori