Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Cheong Jun Hoong Sah...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara yang juga juara dunia, Cheong Jun Hoong...

Wanita Dikecam Biar Anak...

SEORANG ibu telah dikecam ramai selepas dia membiarkan seekor ular mematuk anak perempuannya...

Video: Penyamun Kian Berani,...

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita jatuh lalu terseret di jalan...

COVID-19: Semuanya Bermula Di...

SIMPANG RENGGAM - “Semuanya bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15...

Seekor Gajah Jantan Berjaya Ditangkap Di Ulu Muanad, Beluran

KOTA KINABALU – Seekor gajah jantan berjaya ditangkap semalam dan kini menunggu masa untuk dipindahkan ke sebuah hutan simpan yang jauh dari Kampung Ulu Muanad, Beluran.

Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) dalam kenyataan hari ini berkata terdapat tiga ekor gajah lagi yang diharap dapat ditangkap pihaknya untuk dipindahkan ke tempat lain dengan secepat mungkin agar konflik antara gajah dan manusia di kawasan itu tidak berlarutan.

“Kerjasama penuh daripada pasukan terlibat dan dana yang disediakan sebuah badan bukan kerajaan, Forest Trust serta IJM Plantation dan masyarakat setempat dari Kampung Ulu Muanad berjaya mengurangkan konflik manusia-gajah di Ulu Muanad.

“Jabatan Hidupan Liar Sabah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dengan proses itu dan berharap mereka akan terus memberi sokongan,” kata jabatan itu.

Konflik manusia-gajah di Ulu Muanad menjadi isu sejak November 2015 dan nilai kerugian akibat konflik itu dianggarkan berjumlah hampir RM200,000 setahun. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

Kategori