Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Empat Cedera Kemalangan Di...

ALOR GAJAH — Empat orang cedera termasuk seorang lelaki warganegara Indonesia dalam kemalangan...

1,295 Sekatan Jalan Raya...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,295 sekatan jalan raya dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Tiada Bukti 27 Cek...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa tiada dokumen...

Jurujual Diperdaya Pasangan Penganggur

KUANTAN – Polis menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai memperdaya seorang jurujual kononnya...

Senarai Hitam Peminjam PTPTN Sebelum Ini Tidak Adil

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan terdahulu menyenarai hitam peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat pembayaran balik dianggap tidak adil, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata disebabkan itu kerajaan Pakatan Harapan, semasa Pilihan Raya Umum ke-14, menetapkan dalam janji manifesto untuk mengeluarkan peminjam terbabit daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

“Pertamanya, kenapa kita masuk janji (untuk keluarkan peminjam PTPTN daripada senarai hitam) ini dalam manifesto PH, kerana ‘freedom of movement’ adalah hak asasi manusia.

“Kedua, kalau lihat seseorang yang ada hutang dengan bank, nama mereka tidak akan terus masuk senarai hitam Jabatan Imigresen apabila mereka henti buat bayaran atau pembayaran tak konsisten. Sebaliknya, nama mereka hanya akan disenarai hitam apabila mereka jadi seorang bankrap,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang ingin tahu mengapa keizinan peminjam PTPTN untuk bebas ke luar negara itu menjadi kriteria penting kepada kerajaan Pakatan Harapan.


Teo berkata keputusan untuk menyenarai hitam peminjam yang bankrap hanya dapat diputuskan setelah kerajaan selesai melakukan kajian semula mengenai tabung pinjaman pendidikan itu.

Sebelum ini, PTPTN mengesahkan 429,945 peminjam telah bebas daripada disenarai hitam Imigresen dan boleh ke luar negara sejak awal Jun lepas.

Proses menyenarai putih itu dilaksanakan secara berperingkat bermula 24 Mei hingga 8 Jun lepas, membolehkan mereka layak ke luar negara, memperbaharui pasport dan membuat pasport baharu tanpa sekatan Imigresen. – BERNAMA

Kategori