Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Doktor Kecantikan Dihukum Penjara...

SINGAPURA - Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana...

Penduduk Batu Ferringi Bersedia...

BALIK PULAU - Dua hari selepas dilanda, sebuah kampung di Batu Ferringi di...

Puteri UMNO Sokong Operasi...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO menegur MCA supaya lebih sensitif terhadap sebarang...

Perkeso Bayar RM3.8 Juta...

KUANTAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang telah membayar sejumlah RM3.8 juta untuk...

Seorang Rentung, 2 Melecur Kuarters Guru Terbakar

MIRI – Seorang guru wanita rentung manakala dua lagi melecur apabila dua kuarters kediaman Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu terbakar pada pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata berdasarkan laporan awal, dua guru wanita yang melecur hanya dikenali sebagai Syuhadah dari SK Penghulu Baya Mallang dan Siti Masrina, (sekolah belum dapat dipastikan).

“Identiti mangsa yang rentung sedang dikenal pasti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 5.09 pagi yang dipercayai bermula di ruang tamu berhampiran dapur satu daripada kuarters tersebut, terdapat lapan penghuni sedang berada di kedua-dua kuarters berkenaan iaitu lima individu di kuarters pertama dan tiga lagi di kuarters kedua.

Katanya pasukan bomba daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Lapangan Terbang Mulu tiba ke lokasi kejadian pada 5.40 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.34 pagi ini.


Bernama difahamkan terdahulu, murid-murid Tahun Enam dari SK Batu Bungan, SK Long Panai dan SK Penghulu Baya Mallang mengadakan kem motivasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berhampiran lokasi kejadian. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori