Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Ubah Suai Kuasa Veto...

NEW YORK - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sudah tiba...

Bergambar Dengan Mayat, Penggali...

KETERUJAAN melihat mayat bapa saudara yang ditanam kira-kira 23 tahun lalu bertukar menjadi mumia,...

Polis Buka Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka empat kertas siasatan kes penghinaan terhadap...

Menteri Puas Hati Operasi...

KUANTAN - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi...

Sindiket Curi Binatang Korban Semakin Licik

KOTA BHARU – Sindiket mencuri lembu dan kambing untuk dijual sebagai binatang korban sempena Aidiladha semakin licik apabila pelaku menggunakan kenderaan membawa kuda bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun taktik itu dapat dikesan apabila polis berjaya menumpaskan sindiket serta merampas enam ekor lembu dan tiga ekor kambing di Tok Uban dan Tendong, Pasir Mas, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pihaknya merampas ternakan yang dicuri daripada penternak kecil-kecilan di kawasan kampung dengan nilai rampasan hampir RM20,000.

“Selepas dicuri, binatang ternakan akan disembur dengan racun serangga untuk melalikan ternakan itu.

“Sindiket menggunakan kenderaan membawa kuda kerana beranggapan kegiatan mereka tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa.


“Namun, hasil pemantauan dan operasi polis berjaya mengesan dan merampas ternakan berkenaan yang dalam perjalanan untuk dibawa ke lokasi pembeli,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengambil serius kegiatan itu bagi mengelakkan ia berleluasa terutama pada musim perayaan Aidiladha bulan depan.

Katanya, polis menjalankan operasi 24 jam terutama pada waktu malam untuk mengekang kecurian haiwan ternakan. – BH Online

Kategori