Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bot Bawa Pelancong Thailand...

SEMPORNA - Bot yang dinaiki enam pelancong Thailand melanggar jeti di Kampung Sum...

Pejabat Kedutaan Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra masih belum dapat menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di...

Sultan Selangor Dukacita Perpecahan...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan...

Writing Your Individual VisionMission...

Naturally, ensure your essays may be distinct and certainly will present a number...

Sistem Baharu Salur Dana Untuk Penerbitan Dokumentari

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan mekanisme baharu mengenai permohonan dan penyaluran dana kerajaan bagi penerbitan dokumentari untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dalam masa terdekat.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata sistem sedia ada mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, termasuk masalah ketirisan.

“Selepas menerajui kementerian ini, kita melihat ada banyak aduan yang dibawa khususnya mengenai ketirisan. Saya lihat sistem dan mekanisme (sedia ada) yang digunakan tidak ketat dan mengundang keadaan-keadaan ketirisan.

“Saya harap dalam masa satu atau dua bulan lagi, saya dapat umumkan mekanisme baharu itu bagi pastikan supaya dana yang disalurkan untuk tujuan tertentu digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu dan bukannya untuk tujuan-tujuan lain,” katanya menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (PBB-Sibuti) mengenai perkara itu pada pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Gobind Singh juga memberi jaminan bahawa penyaluran dana untuk penerbitan dokumentari dan filem pendek akan diteruskan.

Katanya, sehingga Jun tahun ini, sebanyak RM19.56 juta telah disalurkan untuk penerbitan dokumentari manakala RM1.33 juta untuk penghasilan filem pendek.


“Dana seperti Dana Kandungan Digital (DKD) yang merangkumi Dana Mikro, Dana Pembangunan, Dana Produksi, Dana Kerjasama Produksi, Dana Pemasaran dan Dana Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA).

“Kami nak pastikan kesemua dana tersebut disalurkan secara holistik dan kita guna bagi memberikan mereka kesungguhan untuk menghasilkan lebih banyak dokumentari yang mempunyai nilai itu,” katanya.

Beliau juga berkata produksi RTM sentiasa memberi tumpuan kepada usaha mengeratkan hubungan kaum di negara ini. – BERNAMA

Kategori