Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Akim, Stacy Tak Tolak...

PASANGAN Akim Ahmad dan Stacy Anam yang berkahwin pada Februari lalui mengakui bahawa...

Dituduh Tak Isytihar Harta,...

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin selesai membayar ikat jamin...

Singapura Sahkan 24 Kes...

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesan 24 kes Omicron yang disahkan di republik...

Kaunselor Perlu Tambah Baik...

SHAH ALAM - Semua kaunselor pendidikan diseru melihat semula program pembangunan, pencegahan dan...

Sistem E-Parking Dilaksana Di semua PBT Perak Tahun Depan

IPOH – Sistem e-parking iaitu pembayaran parkir dalam talian menerusi aplikasi telefon pintar akan dilaksanakan di kesemua 15 kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) Perak mulai tahun depan, kata Paul Yong Choo Kiong.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri itu berkata pada masa yang sama kupon parkir diteruskan dengan menyelaraskan satu kupon untuk semua PBT berbanding ketika ini kupon perlu dibeli di kawasan PBT masing-masing.

“Pelaksanaan dua kaedah ini telah dipersetujui oleh semua PBT dan kedua-duanya (kaedah) akan bermula serentak tahun depan. Orang ramai boleh membuat pilihan sama ada mahu menggunakan kupon atau membayar parkir secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Pelantikan 23 Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bermula hari ini sehingga 14 Julai 2019 di sini hari ini.

Yong berkata sistem e-parking memudahkan orang ramai membuat pembayaran caj meletak kenderaan tanpa mencari ejen jualan kupon parkir.

“Satu aplikasi adalah untuk semua PBT…pengguna boleh klik kawasan mana mereka berada dan seterusnya memilih tempoh masa yang mereka mahu sebelum membuat bayaran menerusi kaedah perbankan termasuk kad kredit.

“Apabila pengguna telah membuat bayaran (e-parking) penguatkuasa boleh memeriksa sama ada pembayaran sudah dibuat atau belum menerusi sistem yang disediakan dengan hanya memasukkan nombor pendaftaran kereta pengguna,” katanya.


Katanya, sebuah syarikat yang melaksanakan sistem e-parking itu akan memberi penerangan mengenai cara pelaksanaan termasuk penguatkuasaan​​​​​​​ dengan menggunakan sistem berkenaan kepada semua PBT di negeri ini, pada bulan depan.

Sementara itu, Yong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tronoh berkata kerajaan negeri akan memasang 1,000 lampu jalan di kesemua kawasan PBT negeri ini.

Katanya, inisiatif itu dilakukan kerana masih banyak kawasan yang tidak mempunyai kemudahan berkenaan khususnya di kawasan pedalaman. – BERNAMA

Kategori