Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pilpres 2019: Jokowi Selesa...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo yang mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Presiden 2019,...

Bajet 2018: PM Sifatkan...

KUALA LUMPUR ā€“ Berdasarkan indeks ekonomi Malaysia yang kukuh, Datuk Seri Najib Tun...

Obama Batal RUU Mangsa...

WASHINGTON DC - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mencetuskan kejutan apabila menggunakan...

Angka Kematian Akibat Selsema...

NEW DELHI - India mencatat 20 lagi kematian akibat selesema babi (H1N1) semalam,...

Sivarasa, Zunar & Surendran Bebas Tuduhan Hasutan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa, kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar dan peguam N. Surendran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Sesyen berasingan. Hakim Zamri Bakar dan Hakim Dr Gan Chee Keong membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, Zaki Asyraf Zubir dan Faizah Mohd Salleh menarik balik semua pertuduhan terhadap ketiga-tiga mereka.

Sivarasa, 62, yang juga anggota Parlimen Sungai Buloh didakwa atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada perhimpunan #KitaLawan di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini pada pukul 5.20 petang, 7 Mac 2015.

Zunar, 56, pula didakwa atas sembilan pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut di laman sosial Twitter @zunarkartunis di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman, pada 3 petang, 10 Feb 2015.

Surendran, 52, dituduh menerbitkan artikel bertajuk ā€œPress Release: Court of Appealā€™s Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportableā€ di pejabat Malaysiakini.com, No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Brickfields di sini pada 3.40 petang, 18 April 2014.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sivarasa diwakili peguam Surendran dan Latheefa Koya manakala Zunar juga diwakili Surendran dan Latheefa juga bertindak bagi pihak Surendran.

Sementara itu, Hakim Zamri menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes hasutan bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen bagi mengetahui keputusan representasi kes tersebut. – BERNAMA

Kategori