Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Kit Ujian Kendiri...

KUALA LUMPUR - Harga kit ujian kendiri Covid-19 yang sedia ada akan diturunkan...

UMNO Tidak Ingin Pun...

TEGUH... Hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk lihat pemimpin UMNO khianat dengan sertai...

Video: Apek Cina Lemaskan...

TINDAKAN tidak berhati perut seorang lelaki berusia lewat 50-an yang membunuh seekor kucing...

Husam Sudah Tak ‘Original’...

KUALA LUMPUR - "Datuk Husam Musa hari ini bukan lagi YB Dato Husam...

Skandal Vaksin Calar Imej China

SHANGHAI – Skandal vaksin di China mendatangkan kesan buruk terhadap pasaran ubat tempatan dan mengancam cita-cita Beijing untuk memainkan peranan lebih besar di peringkat global.

Saham pengeluar vaksin dan firma bioteknologi utama China merudum semalam selepas Perdana Menteri, Li Keqiang mengecam syarikat Changsheng Biotechnology Co kerana melanggar batas moral serta mengarahkan tindakan segera diambil.

Changsheng didapati memalsukan dokumen pengeluaran vaksin penyakit anjing gila yang diberikan kepada bayi seawal usia tiga bulan.

Skandal itu membayangkan kesukaran China untuk membersihkan imejnya sebagai pengeluar ubat-ubatan kedua terbesar di dunia ketika Beijing cuba mempromosikan vaksin tempatan ke peringkat global.

Walaupun tiada laporan penipuan yang berlaku menjejaskan orang awam, pihak berkuasa mengarahkan Changsheng menghentikan pengeluaran dan memanggil balik vaksinnya selepas skandal tersebut terbongkar awal bulan ini.

Kes itu tular di China di mana rakyatnya amat sensitif terhadap isu makanan dan ubat rentetan penipuan-penipuan yang berlaku sejak sedekad lalu.

Skandal vaksin Changsheng muncul topik yang paling banyak dibahaskan di laman sosial tempatan, Sina Weibo semalam.


Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web pemerintah kelmarin, Keqiang meminta supaya siasatan segera dilakukan dan hukuman berat dikenakan terhadap syarikat itu dan mereka yang terlibat.

“Kami akan membanteras perbuatan jenayah yang membahayakan nyawa orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Changsheng mengemukakan permohonan maaf kepada pihak berkuasa dan menyatakan bahawa penggantungan vaksinnya akan menjejaskan kewangan syarikat.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Changsheng menipu kualiti vaksinnya. Pada tahun lalu, ia menjual 252,600 vaksin DPT tidak menepati standard bagi pelalian kanak-kanak terhadap penyakit difteria, batuk kokol dan tetanus.

Sebuah lagi syarikat farmaseutikal China, Institut Produk Biologi Wuhan turut disabitkan dengan skandal vaksin DPT tahun lalu, manakala polis menumpaskan sebuah sindiket menjual vaksin haram bernilai AS$90 juta (RM365.3 juta) di pasaran gelap pada tahun 2016. – Reuters/Kosmo Online

Kategori