SABAK BERNAM – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar meraih pingat gangsa dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Selangor, baru-baru ini.
Pengurus pasukan robotik SMK Sungai Besar, Nor Azman Hassan berkata, pertandingan yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim itu menyaksikan penyertaan sebanyak 63 buah sekolah menengah dari seluruh negeri Selangor.
Katanya, pasukan robotik sekolah itu teruja kerana pertama kali menyertai pertandingan itu terdiri daripada sembilan orang pelajar tingkatan empat dan lima dan bertanding dalam kategori Regular Pro Menengah Atas.
āLebih membanggakan apabila mereka diumumkan meraih pingat gangsa selain menduduki tempat kelapan keseluruhan daripada 24 pasukan bertanding dalam kategori Regular Pro Menengah Atas,ā katanya.
Katanya, sebelum itu, peserta diberi tempoh masa selama tiga jam bagi memasang dan menyediakan robot.
āRobot kemudian diprogramkan bagi menyelesaikan tugasan bertemakan penghantaran makanan (food distribution) mengikut litar pertandingan.
āMata diberikan berdasarkan ketepatan bagi setiap tugasan seperti menghantar kontena makanan tepat pada tempatnya dan menyelesaikan seluruh tugasan dalam tempoh yang ditetapkan,ā katanya. – UTUSAN ONLINE