Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Cadang Kecualikan Bayaran...

MUMBAI - Malaysia bercadang untuk tidak mengenakan bayaran visa terhadap rakyat India yang...

Terbuka Malaysia: Daren Liew...

KUCHING - Daren Liew layak ke pusingan pertama acara perseorangan lelaki kejohanan Terbuka...

5 Individu Saman PTPTN,...

PETALING JAYA - Lima individu memfailkan saman terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Panel Perundingan SPRM Yakin...

KAUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan...

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya memeluk agama suci itu.

Alvin atau nama sebenarnya, Alvin Chean Wah Chong, 27, bagaimanapun, enggan memberikan sebarang reaksi kerana baginya, hal berkaitan agama adalah isu sensitif dan hak peribadi yang harus dihormati semua pihak.

“Ramai yang bertanya, tidakkah saya terbuka hati untuk memeluk Islam? Malah, ada yang meminta saya supaya ‘bersunat’ dahulu jika mahu berkawan rapat dengan Emma Maembong. Pelik saya menerima pertanyaan seperti itu.

“Perkara berkaitan kepercayaan membabitkan hati dan tidak boleh dipaksa. Saya mempunyai ramai kenalan beragama Islam, malah pengurus saya seorang mualaf. Tetapi, pendekatan mereka lebih santai dan tidak pula mendesak.

“Bagi saya, hal berkaitan agama adalah hak peribadi yang seharusnya dihormati semua pihak,” katanya yang mula menjadi sebutan selepas membintangi drama Suri Hati Mr Pilot.

Selain sibuk dengan kerjaya lakonan, anak kelahiran Pulau Pinang itu juga baru melancarkan single terbaru, We Got This, bersama naib juara The Voice Teens Philippines 2017, Isabela Vinzon.


Kata Alvin, We Got This diterbitkan hasil usaha sama syarikat rakaman naungannya, Universal Music Malaysia (UMM) dan Filipina (UMP).

“Pengurusan pusat Universal Music yang berpangkalan di Hong Kong melihat We Got This sesuai untuk dinyanyikan secara duet dan syarikat pengurusan kami, mengusulkan perkara itu.

“Mungkin usia Isabela baru cecah 16 tahun, namun saya kagum dengan kehebatan vokalnya. Risau juga tidak mampu beri mutu persembahan sebaiknya, tetapi saya gembira proses rakaman berlangsung dengan baik,” katanya.

Alvin juga bakal perkenal sebuah lagi lagu duet bersama penyanyi Indonesia, Dea Dalila. Lagu Mencintaimu 99% itu akan dilancarkan pada 6 Julai ini, sekali gus menjadi taruhan untuk menembusi pasaran Indonesia. – BH ONLINE

Kategori