Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Belum Sedia Bina...

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tidak akan membina...

Najib Senaraikan 3 Cabaran...

KUALA LUMPUR - Kebertanggungjawaban selepas revolusi maklumat, kurang bersosial dengan masyarakat setempat dan...

Polis Siasat Perhimpunan Bekas...

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat dakwaan terdapat satu perjumpaan serta perhimpunan dipercayai...

Lukisan Berharga Lebih RM5j...

LONDON – Sekeping luki­san yang dihasilkan oleh artis seni misteri Britain dikenali sebagai...

Speaker DUN Perlis Tegur Tunggakan Bil Utiliti Tinggi

KANGAR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Datuk Hamdan Bahari hari ini menegur agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Negeri agar segera menjelaskan tunggakan bil utiliti masing-masing yang nilai keseluruhannya mencecah lebih RM31.7 juta.

Hamdan mengingatkan perkara itu kepada semua ketua jabatan setelah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man memaklumkan kepada dewan jumlah tunggakan bil elektrik dan air yang ditanggung Kerajaan Negeri sehingga Mei lepas, pada persidangan DUN di Kompleks DUN di sini, hari ini.

“Masalah tunggakan ini perlu dipandang serius dan tindakan segera ketua jabatan (untuk menyelesaikan tunggakan) perlu diambil,” katanya.

Menurut Azlan, bil elektrik jabatan dan agensi Kerajaan Negeri sahaja, jumlah tertunggaknya sebanyak RM30.1 juta, manakala bil air mencecah RM1.7 juta hingga Mei lepas.

Tunggakan bil elektrik bagi agensi dan jabatan persekutuan di negeri ini pula adalah sebanyak RM5.3 juta, tambah beliau.

“Tunggakan bil air bagi agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan pula RM1.82 juta,” beliau menjawab soalan Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang) yang ingin tahu mengenai jumlah tunggakan bil air dan elektrik semua jabatan dan agensi kerajaan di Perlis.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan dan Prasarana Awam negeri Hamizan Hassan berkata di peringkat negeri, Pejabat Perbendaharaan menjadi penyelaras bagi memastikan setiap jabatan dan agensi membuat bayaran konsisten kepada Syarikat Air Perlis (SAP).

Beliau memberitahu dewan, usaha itu berjaya apabila 70 peratus agensi membayar bil mereka, manakala 30 peratus agensi lagi masih dalam proses rundingan bayaran.

Bagi peringkat persekutuan, SAP bekerjasama erat dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan menghantar salinan surat amaran tunggakan bil jabatan dan agensi persekutuan di negeri ini kepada kementerian itu untuk tindakan susulan.

“Langkah itu berhasil apabila agensi dan jabatan persekutuan membayar RM4.5 juta pada 2017 dan langkah sama akan diteruskan pada tahun ini bagi mengutip hasil air,” katanya. – BERNAMA

Kategori