Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Daya Ketahanan Bandar, Adaptasi...

MELAKA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat...

Tidak Perlu Mancarut Untuk...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Tambang Perkhidmatan E-hailing Dijangka...

KUALA LUMPUR - Pengguna perkhidmatan e-hailing dijangka berdepan kenaikan kadar tambang serta tempoh...

Generasi Kedua Felda Terima...

KOTA TINGGI - Sebanyak 360 surat tawaran perumahan untuk generasi kedua Felda Sungai...

Suami Isteri Edar Dadah Ditahan

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata suspek lelaki yang berusia 45 tahun dan isterinya 47 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 2 pagi hasil maklumat awam dan risikan polis.

“Hasil serbuan, polis merampas 250 peket lutsinar berisi ketulan disyaki Heroin seberat 482 gram yang dianggarkan bernilai RM12,500 dan sepeket dadah jenis Methamphetamine seberat 0.19 gram bernilai RM50,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Munusamy berkata ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine, manakala suspek wanita negatif.

Kedua-dua mereka kini direman tujuh hari hingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori