Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imran Rimas Sering Diminta...

PENYANYI yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain memberitahu pernah berasa rimas...

Ronaldo Siap Lampiaskan Kecewa...

PARIS - Ronaldo melahirkan kekecewaan 12 tahun yang lalu sangat menyakitkan pasukan Portugal...

TLDM Mohon Perolehan LMS...

LUMUT ā€“ Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memohon kerajaan memberikan kelulusan segera perolehan...

Khairul Hafiz Ketuai Cabaran...

JAKARTA - Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mengetuai barisan pelari pecut...

Suhakam Kesal Syed Saddiq Tunduk Tekanan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tunduk kepada tekanan awam dalam isu pelantikan aktivis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagai setiausaha akhbarnya.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Razali Ismail berkata, adalah malang Syed Saddiq tidak berpegang kepada pendirian dalam perkara tersebut kerana perkara itu melibatkan tentang prinsip hak asasi manusia dan diskriminasi dalam pekerjaan.

“Peletakan jawatan Setiausaha Akhbar Interim Menteri Belia dan Sukan berikutan tindak balas awam terhadap orientasi seksual dan aktivisme tiada diskriminasi keatas LGBT sangat mengganggu.

“Suhakam berasa sangat tidak selesa kerana Malaysia sepatutnya memastikan kesamaan untuk setiap warganya di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Razali berkata, Suhakam berharap seseorang pegawai dinilai berdasarkan kemahiran, kelayakan dan keupayaan untuk menyumbang kepada kementerian dan negara, bukan berdasarkan orientasi seksualnya yang tidak relevan.

Sehubungan itu, Suhakam berpandangan isu berhubung pelantikan setiausaha akhbar Menteri Belia dan Sukan tersebut mungkin satu kes diskriminasi pekerjaan.

Kata beliau, diskrimasi yang masih berterusan dalam sektor awam mahupun swasta tersebut akan mengakibatkan ketidakamanan pekerjaan buat golongan LGBT dan menyukarkan kehidupan mereka.


Justeru, katanya, Suhakam berharap kerajaan baru mencari kaedah untuk membangunkan nilai kebangsaan untuk melindungi masyarakat yang paling lemah walaupun terdapat ada pihak yang membangkang.

“Kerajaan mesti berdiri teguh untuk semua orang, manakala tegas menegakkan prinsip kesamarataan dan tiada diskriminasi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Semua manusia termasuk LGBT perlu diberi akses kepada pendidikan, pekerjaan, perumahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan tanpa diskriminasi,” katanya. – Mynewshub.tvĀ 

Kategori