Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gambar Kucing PM Curi...

JARANG kita melihat sisi lain di sebalik kesibukan tugas beliau mentadbir negara tercinta...

Cuepacs: Inisiatif Pada Penjawat...

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap inisiatif yang diumumkan kerajaan...

Peguam Ditahan Semula Berhubung...

PUTRAJAYA - Seorang peguam yang dibebaskan selepas tahanan reman empat hari ke atasnya...

Siti Noor Radiah Sumbang...

INCHEON - Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat emas pertama...

Sultan Johor Berkenan Ziarah Anwar Di Turki

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Medipol, Turki.

Ketua Umum PKR itu yang telah menjalani prosedur pembedahan tulang belakang dan bahu kanannya baru-baru pergi ke hospital untuk temu janji dengan doktor.

“Sukacita dimaklumkan panel doktor berpuas hati dengan tahap kemajuan kesihatan dan mengizinkan saya berlepas pulang ke tanah air.

“Baginda Tuanku Sultan Ibrahim sempat diperkenalkan kepada panel doktor dan mengucapkan terima kasih diatas rawatan baik yg diberikan kepada saya,” kata Anwar dalam satu posting di Facebook miliknya malam Sabtu.

Beliau turut memuatnaik gambar bersama dengan Sultan Ibrahim di Facebook miliknya.


Anwar sebelum ini memberitahu beliau mengalami ‘lumbar central stenosis’, keadaan di mana saluran tulang belakang sempit, menyebabkan rasa sakit dan kebas. – mStar Online

Kategori