Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pak Cik 92 Tahun...

BAGAIKAN tidak lengkap kunjungan anda ke Pulau Pinang jika tidak merasai sendiri keenakan...

Pelancongan Di Sabah Perlu...

KOTA KINABALU - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun...

Awan Berbentuk Kalimah Allah...

SUBHANALLAH... Ketika penduduk di sekitar Selat Sunda masih lagi bimbang dengan status Anak...

Myanmar Marah PM Sertai...

PELIK... Ada ke patut kerajaan junta Myanmar cuba putar belit dakwa konon Himpunan...

Sultan Kedah Dianugerah DK Perlis

ARAU – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dianugerah Darjah Kerabat Perlis (DK) sempena sambutan keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-75, hari ini.

Pengisytiharan penganugerahan itu dibuat sebelum Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat negeri kepada 34 penerima dalam istiadat yang berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Arau.

Istiadat penganugerahan kepada Sultan Kedah akan diadakan pada majlis khas kemudian.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, penerima tunggal Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri mengetuai 34 senarai penerima hari ini.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Asma Ismail pula dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai lima penerima dianugerahkan Darjah Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ) manakala empat lagi menerima anugerah Darjah Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima DSPJ ialah bekas anggota Exco Kerajaan Perlis Ahmad Bakri Ali, anggota Jawatankuasa Majlis Agama Islam Perlis Datuk Ir Wan Ab Ghaffar Wan Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Agama Rakyat (MARA) Zulfikri Osman, Panglima 1 Divisyen, Kem Muara Tuang, Samarahan, Sarawak Mejar Jeneral Toh Choon Siang dan Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan Tawau Brig Jen Zarondin Md Amin.


Penerima DPSJ pula ialah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Timbalan KSU (Pelancongan) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Haslina Abdul Hamid, Timbalan KSU Kementerian Sumber Manusia (Dasar dan Antarabangsa) Amir Omar serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Abdul Karim Abu Seman.

Seramai lima penerima dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) iaitu Pegawai Kewangan Negeri Perlis Nasaruddin Abdul Muttalib, Penasihat Undang-Undang UKM, Bangi Prof Dr Rohimi Shapiee; Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN Yusran Shah Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr. Zaini Hussin serta Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia Datin Kalmizah Salleh.

Seramai 18 penerima pula dianugerahkan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) antara mereka Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP Prof Dr Uda Hashim dan Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Australia Westmoreland Anak Edward Palon.

Seramai 262 penerima dianugerahkan lain-lain darjah dan seorang lagi penerima DPSJ SAC Ahmad Noordin Ismail yang tidak hadir hari ini akan menerima anugerah masing-masing dalam majlis yang akan diadakan kemudian. – BERNAMA

Kategori