Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Penamaan KWSP, Ramai ‘Serah...

KUCHING - Jika ditanya kepada mana-mana pekerja mengenai simpanan hari tua KWSP, kebanyakannya...

Pakar Pentaksiran Antarabangsa Puas...

PUTRAJAYA - Pakar pentaksiran antarabangsa yang dijemput dalam Mesyuarat Penentuan Standard Sijil Pelajaran...

AGM Majlis Peguam Dijangka...

KUALA LUMPUR - Suasana 'panas' dijangka berlaku pada mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam...

14 Penumpang Cedera Bas...

TAPAH - Seramai 14 penumpang cedera selepas bas persiaran membawa 30 penumpang untuk...

Sultan Perak Rasmi Tiga Kemudahan USAS

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan tiga kemudahan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini.

Tiga kemudahan tersebut ialah Masjid Raja Permaisuri Bainun, dewan penginapan mahasiswa Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Perpustakaan Raja Ashman Shah.

Masjid Raja Permaisuri Bainun setinggi dua tingkat dapat menampung seramai 2,000 jemaah pada satu-satu masa selain bertindak sebagai pusat sehenti bagi penduduk sekitar Taman Chandan Puteri melaksanakan aktiviti keagamaan.

Sementara itu, dewan penginapan mahasiswa MAIPk setinggi lima tingkat mempunyai 75 unit kediaman dan boleh memuatkan 700 penghuni mula digunakan bagi kemasukan sesi 2017/2018 pada 21 Jan lepas.

Dalam pada itu, Perpustakaan Raja Ashman Shah sebelum ini dikenali sebagai Perpustakaan USAS yang beroperasi di Jalan Dato’ Seri Shaari, Ipoh pada 1999 dan berpindah ke sini pada 2008.


Terdahulu, Naib Canselor USAS Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam ucapan alu-aluannya berharap universiti itu akan menjadi tempat pilihan keluarga diraja untuk mendapat ilmu pengajian tinggi.

“Apabila hal itu terjadi nanti, bertambah-tambah tinggilah martabat USAS. Untuk itu, USAS dari sekarang hendaklah berkerja keras mempersiapkan diri dengan pengajian tinggi bertaraf dunia,” katanya. – BERNAMA

Kategori