Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kes Denggi Meningkat Lebih...

KUANTAN - Pahang mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus kes demam denggi bagi tempoh...

Aksi Berani ‘Queen Cobra’...

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sememangnya dikenali dengan ketangkasan dan kecekapan mengendalikan...

Kebajikan Warga PDRM Diberi...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan memberi perhatian khusus kepada beberapa isu atau...

Maut Kena Bilah Mesin,...

BONGKAR... Kementerian Pendidikan mendapati ada kecuaian di pihak kontraktor pembersihan dan pengurusan sekolah...

Syafinaz ‘Penyelamat’ Vokal Misha

KUALA LUMPUR – Akur suara adalah aset utama yang menentukan jangka hayatnya sebagai penyanyi, Misha Omar, nekad berguru dengan pensyarah vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat.

Keputusan untuk kembali mengasah vokal dibuat penyanyi yang popular dengan lagu, Bunga-Bunga Cinta itu apabila menyedari perubahan pada suaranya selepas melahirkan anak sulung, dua tahun lalu.

“Saya memerlukan masa untuk mendapatkan semula tenaga dalam nyanyian selepas melahirkan anak. Ia antara faktor yang mendorong saya kembali belajar dan mencari guru berpengalaman untuk membimbing,” katanya.

Misha berkata, sudah lama dia memasang impian untuk berguru dengan Syafinaz, namun tidak berkesempatan berbuat begitu sebelum ini kerana masing-masing sibuk.

“Pernah beberapa kali saya luahkan keinginan itu apabila kami bertemu, Alhamdulillah, baru kini menjadi kenyataan. Kelahiran single terbaru, Sampai Bila, membuatkan saya lebih bersemangat untuk mengasah semula vokal.

“Bagi saya, proses pembelajaran seseorang insan seni itu tidak akan pernah selesai. Saya perlu mengasah dan menjaganya supaya terus bertahan. Sedalam mana ilmu yang kita ada, masih banyak yang belum kita pelajari.

“Apabila ada peluang, saya harus gunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri. Apatah lagi, suara adalah punca utama saya mencari rezeki,” katanya.


Pemilik nama sebenar Samihah @ Aisah Omar itu berkata, selain teori, Syafinaz juga menekankan aspek praktikal, terutama dari segi teknik nyanyian.

“Vokal juga sama seperti kereta, apabila sampai tempoh tertentu memerlukan ‘penyelenggaraan’. Sekiranya mahu suara bertahan lama, kita perlu sentiasa menggilapnya.

“Saya ibaratkan diri seperti memasuki bengkel kerana di situ, saya akan melatih semula suara supaya lebih bersedia apabila beraksi di depan khalayak nanti,” katanya. – BH ONLINE

Kategori