Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Rosmah Perlu Hadir Di...

KUALA LUMPUR – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta hadir...

PN Tolak Permohonan Keahlian...

Usaha Pejuang untuk mendapatkan keselamatan politik yang lebih terjamin dengan menyertai Perikatan Nasional...

Khuatir Gelombang Baharu Jika...

PUTRAJAYA - Penurunan kes Covid-19 di negara ini bagi penularan tempatan adalah selaras...

Kebakaran HSA: Dipercayai Akibat...

JOHOR BAHRU - Polis tidak menolak kemungkinan kejadian kebakaran di tingkat dua wad...

Syed Areeb Dipilih Sebagai Ikon Buku 2018 Perlis

KANGAR – Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, anakanda kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini dimasyhurkan sebagai Ikon Buku Perlis, bagi menarik perhatian kanak-kanak di negeri itu untuk membudayakan minat membaca.

Syed Sirajuddin Areeb Putra menerima pemasyhuran itu pada program Seronoknya Membaca Edisi Bangun Jiwa yang diadakan bersempena Kembara Titah, Hari Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-75 di sini.

Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Abd. Wahab Ibrahim berkata baginda dipilih sebagai ikon kerana aura yang ada pada ‘pemimpin kecil’ itu dilihat mampu menarik minat para pelajar mencontohi hobi baginda yang suka membaca.

”Sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan baginda mempunyai tarikan tersendiri dan diharap dengan inisiatif ini kanak-kanak akan lebih tertarik untuk membaca,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain menggalakkan kanak-kanak membaca, pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, bercerita kisah nabi, susun kad kata dan pintar jawi diadakan sepanjang program tiga hari yang bermula hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat memeriahkan program itu. – BERNAMA

Kategori