Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Bogel Panjat Bumbung...

FLORIDA - Lalu lintas di sebuah jalan menjadi sesak gara-gara seorang wanita yang...

Berita PM Jepun, Shinzo...

Kedutaan Jepun Malaysia menafikan khabar angin mengatakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah...

Keajaiban Pelukan Ibu, Bayi...

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada akhirnya.Hati wanita mana yang tidak...

KPDNHEP Pantau Stesen Minyak...

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor akan...

Tak Pasal-Pasal Kakak Kena Tahan

TINDAKAN lelaki menyimpan dua peluru dalam beg pakaian menyebabkan kakaknya ditahan polis ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, dalam kejadian 5.55 petang itu, polis menemui dua peluru terbabit yang dikesan mesin pengimbas di bahagian pelepasan domestik lapangan terbang berkenaan.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dijalankan, wanita berusia 20 tahun itu yang juga penuntut universiti, mahu menaiki pesawat menuju ke Pulau Langkawi, Kedah.

“Bagaimanapun, polis bantuan yang menjalankan pemeriksaan menemui dua peluru yang berada di bahagian bawah beg pakaian dibawanya.

“Wanita terbabit gagal memberikan penjelasan berhubung penemuan peluru berkenaan dan dia kemudian ditahan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya, hari ini.


Menurutnya, suspek kini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

“Hasil siasatan awal mendapati beg terbabit adalah milik adik lelaki suspek yang bekerja sebagai budak pantai di Pulau Langkawi.

“Difahamkan, adiknya menemui peluru terbabit di pantai dan menyimpan dalam beg pakaian dibawa suspek,” katanya. – MyMetro

Kategori