Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tapak Tangan Budak 11...

BARU empat hari berpuasa di bulan Ramadan, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan...

Mawla Amin Bukan Warga...

RABAT - Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed...

Bursa Malaysia Kekal Dibuka...

KUALA LUMPUR - Saham-saham di Bursa Malaysia kekal dalam aliran rendah pada Khamis,...

Proses Bedah Siasat Mayat...

KUALA LUMPUR - Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki warga Korea Utara yang...

Tak Sangka Gambar Bersama Khalid Foto Terakhir Kami

PENYANYI Aishah mengakui tidak sangka lawatannya menziarahi aktor dan aktivis teater, Khalid Salleh pada Syawal pertama lalu merupakan gambar terakhirnya bersama dengan Allahyarham.

Menerusi entri di Instagram, Aishah mengakui terkejut dengan pemergian Allahyarham dan menganggap Khalid sebagai abangnya.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Menggigil kepala lutut mendapat berita pemergian ‘Wak’ Khalid Salleh sebentar tadi.

“Ya Allah ampunilah dosa-dosanya, luaskanlah kuburnya, letakkanlah rohnya bersama orang-orang yang soleh.

“Dialah pemikir, seniman, penulis, aktor yang disegani dan lebih penting seperti abang sendiri.

“Tak sangka gambar yang diambil bersama gambar terakhir kami bersama pada hari raya pertama. Al Fatihah,” tulisnya.


Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Ampang Puteri dekat ibu negara kira-kira pukul 3.20 petang pada usia 70 tahun.

Anak Allahyarham, Israr Khalid memberitahu bapanya mengalami kesukaran bernafas sejak dua hari lalu dan arwah dikejarkan ke hospital pagi Isnin sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan. – AstroGempak

Foto: IG Aishah

Kategori