Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dua Beradik Cedera Ditetak...

MARAN - Dua beradik cedera ditetak semasa membantu jiran mereka yang dirompak enam...

Supply Beg Tiruan? Atok...

Sedang kecoh di beberapa blog bahawa pihak pengeluar beg jenama Herschel Supply Co....

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli...

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan...

Adik Perempuan Ditikam Kerana...

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila sanggup nekad menikam saudara kandungnya hanya...

Takda Ke MP Muslim Nak Pertahankan Seorang Ulama?

PERGHHH…

Kagum… antara rasa yang terlintas di hati penulis ketika membaca ‘pelakon-pelakon’ dalam plot cubaan menghantar pulang Ulamak Islam terkenal, Dr. Zakir Naik ke India.

Antaranya, M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo, Xavier Jayakumar, Tommy Thomas, P Ramasamy….

Wow… Ingatkan pemimpin parti ekstremis Hindu, BJP ke apa… rupanya tidak.

Ahli politik Hindu dan Sikh tempatan dari pelbagai parti rupanya. Tommy Thomas adalah Peguam Negara yang diminta menjelaskan sama ada permintaan rasmi kerajaan India untuk menghantar pulang Dr. Zakir Naik.

Semangat sungguh mereka, dari pelbagai parti berlainan tapi tujuannya satu, Dr. Zakir Naik kena keluar Malaysia.

Wah… Ini negara kauorang aje ke yang duduk? Dah jadi negara Hindu ke?

Persoalan yang lebih penting di sini, bila ahli politik pelbagai parti bukan Islam boleh begitu senada menghalau Zakir Naik, di mana suara Ahli Parlimen Islam pula dalam Pakatan Harapan (PH).

Adakah anda semua (ahli politik muslim) bersetuju dengan apa yang sedang berlaku kini?

Kalau berdiam diri, maka rasanya anda bersetuju la.

Baguslah… Seorang ulama tersohor dan terhebat hendak dihantar pulang ke negara yang mana beliau kemungkinan besar akan dipenjarakan untuk tempoh yang lama atau silap hari digantung.

Tetapi, ahli politik beragama Islam di negara ini memilih untuk berdiam diri.

Bendanya macam ni, kalau setuju, maka nyatakan secara terbuka. Kalau tidak setuju pun, nyatakan jugak.

Berdiam diri tandanya ahli politik Muslim PH bersetuju, cuma takda telur atau keberanian nak cakap kepada rakyat yang mereka bersetuju agar Dr. Zakir Naik dihantar pulang.

Zaman dulu punya pepatah, potong bagi anjing la bro…


Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) buat pendakwaan terhadap Dr Zakir dengan mengatakan beliau mengetuai persatuan menyalahi undang-undang, hasut orang muda bertindak ganas dan menyertai kumpulan global seperti Daesh.

NIA turut mendakwa, Dr. Zakir sengaja menghina kepercayaan Hindu, Kristian, dan aliran Islam seperti Syiah, Sufi dan Barelvi.

Nama beliau pernah disenaraikan dalam Notis Merah pasukan polis antarabangsa (Interpol) berikutan dakwaan tersebut tetapi ia dibatalkan akhir tahun lalu.

Ini kerana, Interpol secara jelas mendapati tiada bukti kukuh untuk mensabitkan dirinya dengan tuduhan yang dilemparkan, kononnya beliau adalah pengganas.

Beliau diberikan taraf pemastutin tetap di negara ini oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu media baru-baru ini bahawa Dr. Zakir Naik yang telah diberikan status pemastautin tetap oleh kerajaan BN sebelum ini tidak akan dihantar pulang.

“Selagi beliau tidak menimbulkan masalah kita tidak akan hantar dia balik kerana beliau telah diberikan status pemastautin tetap,” katanya pada sidang media, di Putrajaya.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy berkata, perjanjian ekstradisi antara Putrajaya dan India mesti dihormati.

Begitu bersungguh Ramasamy kan…. Nasib Tun Mahathir menentang… Namun sampai bila andai ahli politik beragama Islam yang lain dalam kerajaan terus berdiam diri.

Akhirnya Tun pun terpaksa mengalah nanti. – Mynewshub.tv

Kategori