Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bashah Tekad BN Kedah...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md....

Usahawan Muda, Kevin Poon...

Kevin Poon ialah seorang usahawan muda Hong Kong yang mempunyai beberapa bisnes yang...

Rusia Lancar Agensi Berita...

MOSCOW ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Mungkin belajar daripada kelemahan liputan insiden pesawat MAS MH17 ditembak jatuh...

Keputusan Rayuan Ke Universiti...

PUTRAJAYA - Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan...

Tembakan Di Toronto Tiada Kaitan Dengan Daesh

TORONTO – Tiada bukti menunjukkan insiden tembakan di Toronto pada malam Ahad lalu, mempunyai kaitan dengan Daesh di Iraq dan Syria, kata polis Toronto lapor agensi berita Xinhua.

Suspek, Faisal Hussain, 29, dipercayai melepaskan tembakan menyebabkan dua nyawa terkorban dan mencederakan 13 yang lain dalam kejadian yang berlaku di Greektown.

Daesh, yang dipetik agensi berita AMAQ, mendakwa bertanggungjawab ke atas kejadian itu namun tidak memberikan sebarang bukti menyokong dakwaan mereka.

“Kami akan teruskan penyiasatan serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai suspek termasuk berhubung kesihatan mental,” kata Ketua Polis Toronto Mark Saunders dalam sidang akhbar pada Rabu.

Sementara itu, Datuk Bandar Toronto John Tory bimbang dengan maklumat yang tular di media sosial.

“Saya tegaskan di sini, orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber sahih iaitu polis Toronto,” katanya kepada pemberita.

Menurut seorang sumber, suspek merupakan pelajar menengah di Kolej Institut Marc Garneau dan Kolej Institut Victoria Park, sebelum ini pernah ditahan polis sebanyak dua kali ketika berusia 18 tahun.


Senjata api dan komputer ditemui di apartmen di Taman Thorncliffe di mana suspek tinggal bersama ibu, bapa dan abangnya.

Jiran dan sahabatnya menyifatkan Hussain seorang yang baik,tenang dan bersopan-santun.

Hussain tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak pernah menggugat keselamatan awam, kata jurucakap polis Toronto, Meaghan Grey. – BERNAMA

Kategori