Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Khairuddin Digugurkan Jawatan Setiausaha...

MARANG : Tidak sampai sebulan digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk...

Jam Tangan ‘Pelangi’ Dirampas...

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan rampasan jam ‘pelangi’ jenama Swatch yang dikaitkan...

Mandi Dalam Duit, DSV...

LAGU I Am Me nyanyian pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida telah mencetuskan fenomena...

Majalah TIME Iktiraf Nasi...

MAKANAN kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 10...

Terengganu FC II Tersingkir Ke Liga FAM 2019

KUALA LUMPUR – Terengganu FC II tersingkir ke saingan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim depan apabila menamatkan saingan Liga Premier 2018 di kedudukan tercorot selepas tewas 1-2 di tangan MIFA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Skuad bimbingan ketua jurulatih, Mustaffa Kamal Abdul Wahab itu menutup tirai saingan liga musim ini dengan mengumpul 17 mata setelah mengharungi 20 perlawanan dengan hanya berjaya meraih empat kemenangan dan lima keputusan seri.

Pada aksi malam ini, Terengganu FC II yang turun dengan misi hampir mustahil untuk kekal dalam saingan Liga Premier terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama sebelum berjaya membuka jaringan pada minit ke-56 menerusi penyerang import, Akkani Sunday Wasiu.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila Seydi L’Imam menyamakan kedudukan berselang dua minit kemudian diikuti gol kemenangan yang dijaringkan Kpah Sean Sherman pada minit ke-75, sekali gus membantu MIFA menamatkan saingan musim ini di tempat ketiga carta liga.

Sementara itu, Felcra FC mengesahkan tempat di saingan Liga Super 2019 apabila menamatkan saingan sebagai naib juara selepas menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Shah Alam.

Dua gol Felcra FC dijaringkan kapten pasukan, Muhammad Shahrom Abdul Kalamn pada minit ke-56 dan pemain import dari Brazil, Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-85.

Pada masa sama, Di Stadium UiTM Shah Alam pula menyaksikan gol kemenangan Shunsuke Nakatake pada penghujung permainan memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Sabah.


PDRM selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan kapten Mohd Fauzi Abd Majid pada minit ke-17 dan ke-45, namun Sabah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-71 menerusi Maxius Musa diikuti gol kedua oleh Hector Omar Ramos pada minit ke-87.

Bagaimanapun, PDRM berjaya menghasilkan gol kemenangan seminit kemudian sekali gus menamatkan saingan liga di tempat kelima selepas mengumpul 29 mata, meninggalkan Sabah dengan perbezaan satu mata di kedudukan keenam.

Dalam pada itu, juara Liga Premier 2018, Felda United terikat 1-1 berdepan Pulau Pinang di Stadium Negeri Pulau Pinang selepas gol pertama Pulau Pinang yang dijaringkan Jasazrin Jamaludin seawal minit ke-11 berjaya disamakan Felda United pada minit ke-75 menerusi pemain gantian, Gilberto Valdenesio.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pula, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas UKM FC.

Empat gol JDT II dijaringkan Muhammad Hafiy Haikal Ismail pada minit keempat diikuti Darren Lok (38’), Muhammad Hadifayyah Abdul Razak (59’) dan Che Rashid Che Halim pada minit ke-82. – BERNAMA

Kategori