Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Coutinho Bakal Turun Padang...

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp mengesahkan pemain kontroversinya, Philippe Coutinho akan memperkuat pasukan buat...

Pengundian PRU14 Diramal Pada...

KUALA LUMPUR - Setelah teka-teki tarikh pembubaran Parlimen terjawab, para penganalisis politik kini...

Helah Seludup Ganja Melalui...

BANGKOK - Seorang penyeludup dadah menyangka ideanya untuk menyeludup 306 kilogram ganja ke...

Isu Sticker Rendang: Pak...

SEMALAM kita dikejutkan dengan isu Fazura yang marahkan peminatnya di Instagram. Hari ini...

Terengganu Teroka Bidang Tenaga Diperbaharui

KEMAMAN – Kerajaan Terengganu bertekad untuk menerokai bidang tenaga diperbaharui seperti tenaga solar bagi menjana pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bidang itu sudah lama bertapak di luar negara tetapi agak baru di Malaysia kerana kekangan beberapa faktor termasuk kepakaran tenaga mahir yang terhad.

“Sebelum ini kebergantungan lebih kepada sumber asli seperti arang batu, petroleum dan sebagainya. Dalam menggunakan tenaga diperbaharui, dengan sendirinya membantu bukan sekadar untuk memahami teknologi tetapi juga sediakan peluang ekonomi kepada rakyat.

“Terengganu antara yang terlibat dalam bidang berkenaan dan tenaga diperbaharui ini banyak termasuklah tenaga solar dan tenaga angin yang kita kenal pasti boleh diterokai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 megawatt di Teluk Kalong di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Noor Fadzil Mohamed Nor.

Ahmad Samsuri berkata Projek Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 megawatt yang dibangunkan EPIC itu adalah terbesar di Malaysia.


Kawasan berkeluasan 28 hektar itu dibangunkan dengan kos RM68 juta dan beroperasi secara rasmi pada 23 Mac lepas.

“Pembangunan sistem solar berskala besar ini dijangka memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik dan dijana daripada sumber mesra alam.

“Melalui teknologi ini juga ia mampu memacu pertumbuhan ekonomi di mana inovasi dalam bidang ini bukan sahaja diguna pakai oleh industri malah membawa manfaat kepada pengguna,” katanya. – BERNAMA

Kategori